- Advertisement -
Roti Sarang Lebah / Beehive Bread
oleh Kak Wan
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil yis segera
1/4 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula halus
1/4 cawan plain yogurt - suhu bilik
1/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan air suam
Sapuan - 1 biji kuning telur + sedikit susu sejat
Bahan Tabur - Badam Hiris dan kuaci serta bijan
Cara-cara :
- Satukan semua bahan-bahan kecuali air ke dalam mangkuk pengadun.Â
- Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga elastik.
- Tutup doh dengan kain lembab dan rehatkan sehingga kembang dua kali ganda dari saiz asal.
- Tumbuk doh buang anginnya. Â
- Bentukkan menjadi bebola kecil dan aturkan ke dalam loyang yang sesuai.
- Tunggu sehingga doh kembang dua kali ganda dari saiz asal.
- Sapukan dengan kuning telur. Taburkan di atasnya dengan badam,kuaci dan bijan.
- Bakar sehingga masak.
Sos Butterscotch
Bahan-bahan
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream
Secubit garam
1/2 tsp essen vanila
25 gm mentega
Cara-cara :
- Cairkan mentega. Masukkan gula perang. Kacau sehingga gula larut dan berbuih.
- Masukkan whipping cream dan garam. Kacau perlahan-lahan.
- Akhir sekali masukkan essen vanila. Padamkan api, kacau sehingga rata.
- Sos nampak cair tetapi apabila sejuk ianya agak pekat, tuangkan ke atas permukaan roti.
 Roti Sarang Lebah / Beehive Bread
KEMPEN IKLAN