Pernah terfikir tak, korang boleh beli telefon pintar baharu dengan harga RM20? Mesti bunyi macam mustahil kan?
Tapi sekarang ni, korang berpeluang dapatkan Samsung Galaxy A56 5G dengan harga RM20 sahaja! Ya, bukan typo tapi memang betul.
Baki harga telefon tu pula boleh dilangsaikan guna mata ganjaran Samsung Rewards. Fuhh, padu gila! Kalau korang pengguna setia produk Samsung atau memang kaki shopping di laman rasmi Samsung, confirm korang dah kumpul mata ganjaran ni tanpa sedar.
Sekarang, ni la masa nak gunakan points tu dengan bijak. Ayuh kita ketahui lebih lanjut macam mana korang juga boleh buat pembelian yang bijak, jimat dan paling win seperti salah seorang pengguna Samsung Wallet ini nanti!
Tak percaya? Kami tanyakan sendiri pada pengguna setia Samsung Wallet!
Untuk menjawab segala persoalan korang, kami sempat menemubual seorang pengguna tegar Samsung Wallet yang berjaya mengumpul mata ganjaran yang banyak dan sedang bersedia untuk tebus peranti idaman beliau.
Berikut antara soalan-soalan yang kami ajukan buat beliau.
1. Bagaimanakah korang mulai mengenali Samsung Rewards Program?
Saya merupakan pengguna setia Samsung sejak dahulu lagi. Saya bermula dengan menggunakan Galaxy S8, dan pada tahun 2017 apabila Samsung Pay dan Samsung Rewards diperkenalkan, saya bangga kerana Galaxy S8 support feature tersebut. Pada masa itu, saya rasa fungsi ini memang sangat hebat dan sangat menarik!
2. Berapakah jumlah mata wang ganjaran yang dikumpul setakat ini?
Dalam masa 2 tahun, 146,276 points. Saya mengumpul points ini menggunakan Samsung Pay dan juga pembelian di Samsung.com / Samsung Shop juga memberikan points untuk setiap pembelian.
3. Adakah korang menjadikan Samsung Pay sebagai medium pembayaran utama?
Sudah pasti! Sejak Samsung Pay diperkenalkan, setiap kali saya berada di tempat yang menerima Samsung Pay, saya akan utamakan penggunaannya. Bagi saya, ia bukan sahaja lebih mudah dan pantas, tetapi juga lebih selamat kerana tidak perlu membawa banyak kad fizikal. Tambahan pula, setiap transaksi melalui Samsung Pay juga membantu saya mengumpul Samsung Rewards Points, jadi setiap pembelian terasa lebih berbaloi!
4. Tolong berikan tips dan trik untuk meraih mata ganjaran yang tinggi bagi Samsung Rewards Program
Setiap bulan, dengan menggunakan Samsung Pay, saya boleh mengumpul sehingga 2,000 mata Samsung Rewards, yang bersamaan dengan RM60. Dalam setahun, ini bermakna saya boleh kumpul sehingga RM720. Lebih menarik lagi, mata ganjaran ini hanya akan tamat tempoh selepas tiga tahun, jadi dalam tempoh tiga tahun, saya berpotensi mengumpul nilai sehingga RM2,160!
Samsung Pay boleh digunakan di pelbagai tempat seperti semasa membeli-belah, membayar caj parkir, mengisi minyak, dan juga di mesin layan diri — asalkan tempat itu menyokong pembayaran tanpa sentuh (pay wave). Ia pada dasarnya seperti membawa kad kredit atau kad debit di dalam telefon, sangat mudah dan pantas, malah setiap transaksi juga memberi ganjaran. Paling penting, tiada syarat pembelian minimum diperlukan.
Selain itu, jika ingin membeli produk Samsung, boleh terus membeli secara dalam talian melalui laman rasmi Samsung atau menggunakan aplikasi Samsung Shop. Bergantung kepada tahap keahlian pengguna, lebih banyak mata ganjaran boleh dikumpul semasa membuat pembelian. Ini benar-benar membuatkan pengalaman menggunakan ekosistem Samsung lebih berbaloi dan menyeronokkan!
Menurutnya, korang juga berpeluang menikmati deal luar biasa ini jika cukup mata ganjaran. Jom tengok kira-kira dia, dengan RM20 tunai dan selebihnya guna mata ganjaran, korang dah boleh bawa balik Galaxy A56 5G!
Harga asal telefon ni ialah RM2,199, dan kini dijual pada harga promosi RM1,999 sempena kempen istimewa Samsung dari 1 hingga 31 Mei 2025.
Korang mungkin hanya perlu bayar sekitar 1% sahaja dari harga promosi ini secara tunai, contohnya RM20. Selebihnya, sehingga 99% boleh dibayar guna mata ganjaran Samsung Rewards, contohnya 65,966 mata ganjaran bernilai RM1,979.01, bergantung kepada jumlah points yang korang miliki.
Bayangkan, telefon pintar baru, waranti masih sah, servis pun tiptop tetapi harga cuma macam bayar makan tengah hari. Best, kan?
Langkah mudah nak tebus Samsung Rewards Points
Kalau korang tertanya-tanya ‘macam mana nak guna points ni?’ —Jangan risau, tebus Samsung Rewards Points ni senang gila!
Langkah 1: Masuk ke laman http://www.samsung.com/my dan pilih produk yang korang nak.
Langkah 2: Tekan ‘Buy Now’ atau ‘Add to cart’.
Langkah 3: Dah pilih semua barang? Pergi ke cart dan tekan ‘Checkout’.
Langkah 4: Log masuk guna akaun Samsung korang.
Langkah 5: Pilih Samsung Rewards sebagai cara bayaran.
Langkah 6: Pilih jumlah points yang nak digunakan (boleh guna sehingga 99% dari harga produk).
Langkah 7: Masukkan alamat penghantaran & maklumat pembayaran, kemudian tekan ‘Place Order’.
Lepas tu korang akan terima emel pengesahan. Mudah macam beli bubble tea je, kan?

Sumber gambar: Samsung
Ini cara dapatkan Samsung Rewards Points
Setiap kali korang beli barang kat website rasmi Samsung, points akan dikreditkan ikut tier korang:
Blue Tier: 1% dari nilai belian
Gold Tier: 3% dari nilai belian
Platinum Tier: 5% dari nilai belian
Contoh: kalau korang belanja RM800 di laman rasmi Samsung Malaysia dan berada dalam Platinum Tier, korang akan dapat sekitar 1,333 mata ganjaran Samsung Rewards!
Lagi satu cara? Guna Samsung Pay! Setiap transaksi layak dapat points dan pada masa sama korang masih dapat ganjaran dari kad kredit korang. Untung dua kali, swipe sekali je!
Pro tip: jangan simpan points lama-lama

Sumber gambar: Samsung
Points ni ada tarikh luput, jadi jangan biarkan points tu tidur. Rajin-rajinlah check akaun Samsung korang dan plan pembelian bijak.
Selain telefon, korang juga boleh tebus mata Samsung Rewards dan beli tablet, earbuds, smartwatch, aksesori dan barangan elektrik rumah.
Asalkan dibeli melalui laman rasmi Samsung Malaysia, semua ni boleh dibeli dengan harga lebih rendah menggunakan mata Samsung Rewards.