26.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 21, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Malika Mega Music Festival 2025: Perayaan Budaya & Muzik Paling Berprestij Di Malaysia!

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    EMT Ventures Sdn Bhd mengumumkan penganjuran Malika Mega Music Festival 2025 akan berlangsung pada Sabtu, 31 Mei ini di MAEPS Serdang, Parking 1A, bermula jam 2 petang hingga lewat tengah malam.

    Satukan muzik & budaya

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Malika Music Fest (@malikamusicfest)

    EMT Ventures meneruskan kejayaan mereka yang lalu, Kulit Wayang Cultural Run dan acara pelancaran filem digabungkan dengan Fun Run serta karnival selama dua hari, untuk memberi pengalaman yang tidak akan dilupakan dengan menggabungkan warisan budaya Malaysia dan hiburan muzik kontemporari.

    Menurut EMT Ventures, Malika Mega Music Festival 2025 ialah acara pertama kami yang mempersatukan muzik dan budaya dalam satu platform.

    Malika Mega Music Festival 2025 ialah acara pertama kami yang mempersatukan muzik dan budaya dalam satu platform. Kami komited untuk mencipta pengalaman yang penuh warna- warni dan berkesan serta memberi peluang kepada generasi muda untuk mengekspresikan kreativiti mereka.

    Selain persembahan artis-artis terkenal dari Malaysia dan serantau, festival ini juga akan menampilkan Pertandingan Tarian Etnik Kreatif Malika sebagai satu inisiatif untuk memupuk kreativiti dan memartabatkan warisan budaya Melayu melalui seni tarian modern dan tradisional yang penuh bersemangat.

    Nidji, kumpulan terkenal dari Indonesia yang terkenal dengan lagu-lagu hits dan persembahan penuh semangat, akan menjadi artis utama yang memeriahkan festival ini, disusuli oleh artis-artis popular lain dari Malaysia dan rantau.

    Antara barisan penyanyi lain adalah Bunkface, OAG, Krusty, Steeltoe Solutions, Conflict Crisis, Iqbal M dan No Good.

    Malika Mega Music Festival 2025 akan dihoskan oleh Kelly Azman, membawa karisma dan tenaga untuk memastikan acara ini lebih meriah dan menghiburkan.

    MENARIK:  Fasha Sandha Bersyukur Dapat Menurunkan Berat Badan hingga 50Kg, Mampu Memakai Baju Anak Berusia 9 Tahun - 'Naik 600g Kerana Terlalu Banyak Makan'

    Selain itu, Pertandingan Tarian Etnik Kreatif Malika akan menampilkan bakat pelajar dan komuniti yang bersemangat dalam persembahan menggabungkan budaya Melayu dan tarian kontemporari.

    Ini adalah peluang kepada golongan muda dan pelajar untuk menonjolkan kreativiti serta memartabatkan warisan budaya bangsa.

    Harga tiket bermula dari RM108 untuk tiket GA, RM168 untuk tiket VIP manakala 500 keping tiket awal telah habis terjual.

    Tiket boleh didapati melalui laman rasmi @MalikaMusicFest serta platform rasmi Ticket Empire dan Ticket Melon.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.