25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 28, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
KEMPEN IKLAN

Artikel Terkini

Lelaki Terkejut Melihat Video Isteri Curang dengan Sahabat Rapat – Mengaku Tak Tega Meminta Cerai

- Advertisement -

Shopee CNY Sale



Sekadar gambar hiasan

Tak dinafikan, setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti ada pasang surutnya namun baru-baru ini, seorang lelaki bergelar suami mendedahkan isterinya telah berlaku curang.

Isteri curang dengan kawan baik

Sekadar gambar hiasan

Menerusi perkongsian di X, lelaki tersebut yang bekerja dalam sektor minyak dan gas mendedahkan baru mengetahui bahawa isterinya itu telah menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain sejak dua tahun lalu.

Lelaki tu kawan baik dia, kantoi sebab aku jumpa gambar dan video (18sx) dia. Ini bukan kali pertama, sebelum ini masa bercinta dia curang, masa kami bertunang dan kali ini selepas kami berkahwin.

Walau bagaimanapun, lelaki ini akui tidak merasa marah atau dendam tetapi kecewa dengan perbuatan tersebut. Walhal dia sudah menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan menyediakan segala keperluan untuk isteri termasuk nafkah zahir dan batin.

Gaji aku RM40k sebulan, aku bagi isteri aku RM8k sebulan, aku bagi kereta mewah, kad kredit untuk belanja barang rumah. Aku tak tahu apa yang tak cukup lagi, penampilan diri aku cukup jaga.

Cuma salah aku, 60% masa aku outstation tapi kalau di rumah 100% aku fokus dekat keluarga. Sekarang dah 4 bulan aku tahu dia curang, tapi aku belum bersemuka dengan dia lagi.

Dengan apa yang berlaku, lelaki ini akui masih sayang akan isterinya dan dia juga tidak mahu anak-anaknya membesar tanpa memiliki keluarga yang lengkap.

Aku pilih kerja keras nak bagi keluarga aku hidup selesa. Aku tak tahu apa yang perempuan nak, aku rasa dah cukup semua aku bagi.

Tak mudah aku nak fail nusyuz, keluarga aku dan isteri ada nama. Aku kena jaga nama isteri aku. Kalau aku fail nusyuz tu dah macam umum ke seluruh dunia yang isteri aku ni belen, aku tak sampai hati.

Tambah lelaki ini lagi, dia bercadang untuk bersemuka dengan isterinya pada hujung minggu ini sebelum berjumpa dengan lelaki tersebut bersama peguam.

MENARIK:  Isteri Abang Tesla Dedah Belanja Lebih RM30k Untuk IVF, 6 Tahun Berjuang Menjadi Pejuang Garis Dua

KEMPEN IKLAN

Artikel Terkini

FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

Coretan Hari Ini

Sertai Kami

Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.