28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 12, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] 3 Pagi Era Tak Sangka Terima Sokongan Masyarakat – ‘Ramai Rakyat Malaysia Baik Hati Tak Kira Agama & Bangsa’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Meskipun berdepan dengan kontroversi perkauman, namun penyampai radio Azad Jazmin dan Nabil Ahmad tidak menyangka menerima pelbagai sokongan positif daripada masyarakat.

    Tiada ancaman

    Ketika ditemui , Azad atau nama lengkapnya Azad Jasmin John Louis Jeffri memaklumkan bahawa dia tidak menerima sebarang gangguan daripada mana-mana pihak susulan isu tersebut.

    Nak kata takut keluar rumah, saya ini tinggal di kawasan Puchong. Kiri, kanan, depan, belakang semua jiran saya berbangsa India.

    Tapi Alhamdulillah saya tak menerima apa-apa ancaman. Mereka semua baik. Pada hari kejadian saya balik rumah mereka tanya apa sebenarnya yang berlaku.

    Mereka suruh saya tenang, ini semua perkara biasa permainan dunia katanya. Saya tak sangka mendapat sokongan seperti itu.

    Azad berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Era yang berlangsung di Rumah Tamu Datin Halijah, Sentul pada Jumaat.

    Banyak DM diterima

    Dalam pada itu, Nabil juga meluahkan rasa terharu kerana masih diterima baik malah masyarakat India tidak henti-henti memberi kata-kata semangat untuknya.

    Netizen berbangsa India pun ramai yang DM, mereka cakap kesilapan kami lakukan itu adalah perkara diluar kawalan.

    Mereka sentiasa memberi kata-kata semangat dan tunjukkan sokongan. Ada yang sanggup buat video semata-mata untuk bagi sokongan kepada kami sampai bangsa mereka sendiri kecam mereka.

    Saya sangat hargai sokongan mereka kerana inilah yang kami nampak bahawa ramai lagi rakyat Malaysia yang baik hati dan saling membantu tak kira agama dan bangsa.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.