30.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 15, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Buang Dendam & Jangan Bermusuh’ – Puteri Sarah Tak Ada Masalah ‘Co-Parenting’ Bersama Syamsul Yusof  

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Pelakon Puteri Sarah Liyana memilih untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan bekas suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof demi anak-anak mereka.

    Demi anak-anak

    Ketika ditemui , Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, memaklumkan dia dan Syamsul tiada masalah untuk membesarkan anak-anak mereka bersama.

    Kami berkawan baik untuk anak-anak sebab kami mahu mereka gembira.

    Kami tak ada masalah langsung untuk jaga anak bersama, malah saya meminta Syamsul untuk berjumpa anak-anak setiap minggu.

    Menurut aktres berusia 39 tahun tersebut, Syamsul memberikan kerjasama yang sangat baik sebagai seorang bapa meskipun perlu memenuhi komitmen kerja.

    Anak-anak akan bersama dengan Syamsul juga dan dia pun akan ambil peranan untuk menjaga mereka. Walaupun dia sibuk namun dia tetap bertemu dengan mereka.

    Ibu bapa mentua saya pun begitu, mereka sangat memainkan peranan dalam soal cucu-cucu mereka.

    Puteri Sarah berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka anjurannya yang berlangsung di restoran Shook!, Kuala Lumpur pada Sabtu.

    Buang dendam

    Dalam pada itu, pelakon drama Andai Itu Takdirnya tersebut turut berkongsi tips co-parenting iaitu dengan mengetepikan ego.

    Buang dendam, jangan bermusuh dan kekalkan hubungan yang baik demi anak-anak.

    Lepaskan sahaja semuanya, sibukkan diri dan bergembiralah.

    Sekadar info, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama Syamsul pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.

    MENARIK:  Didi Astillah Berharap untuk Berbaik dengan Aliff Aziz, tetapi Tidak Tahu Bila - 'Saya Ingin Move On'

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 8, dan Sumayyah, 6.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.