Usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri tidak sengaja bertemu dengan ibunya, Bonda Rozita Ibrahim dan sekaligus telah mengeratkan kembali hubungan mereka selepas dilanda kontroversi keluarga.
Anak-anak jumpa bonda
@papalarisofficial k salah kalau kita mengalah ?????? . . Dah lama tak berjumpa dengan bonda saya,sejak isu hangat ni,saya memilih utk berdiam dan tidak berjumpa…. Lagi pun x nak ganggu org tgh darah manis.. tapi percaturan allah itu besar… hari ni dgn izin Allah kami berjumpa di Majlis Suka sekolah anak saya,kebetulan adik saya juga bersekolah di sekolah yg sama dengan anak2 saya..tak akan sy nak lari kot jumpa mak sy..sy mengalah lahh…..pertemuan ni merungkai segalanya dan segala emosi sudah dibuang ketepi….. KRI dan anak2 lain sayang mak sampai bila2…. adalah mana ada keluarga yang bahagia sahaja kita sebagai anak sebenarnya kena banyak mengalah kena banyak bersabar.. kena banyak berdiam alhamdulillah ada manis di penghujungnya???? terima kasih doa kalian yang sentiasa mendoakan keluarga kami bahagia amin amin ya Rabbal alamin saya hargai sangat
? original sound – Aliff Syukri Kamarzaman – Aliff Syukri Kamarzaman
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Aliff bersama ahli keluarga menghadirkan diri ke majlis sukan sekolah anak dan adiknya.
Pertemuan tidak diduga apabila keluarga besar itu bertemu dengan bonda tercinta mereka di sekolah tersebut.
Tak salah kalau kita mengalah. Sudah lama tak berjumpa dengan bonda sejak isu hangat ini, saya memilih untuk diam dan tidak berjumpa.
Lagi pun tak ganggu orang tengah darah manis.
Tapi percaturan Allah itu besar, hari ini dengan izin Allah kami berjumpa di majlis sukan sekolah anak saya.
Aliff mengalah
View this post on Instagram
Menurut usahawan berusia 38 tahun tersebut, sebagai anak, dia memilih untuk mengenepikan ego demi ibu tercinta.
Dalam masa yang sama, Aliff turut menyifatkan pertemuan itu telah menyatukan kembali keluarganya.
Saya mengalah, pertemuan ini merungkai segalanya dan segala emosi sudah dibuang ketepi. Saya dan anak-anak yang lain sayang mak sampai bila-bila.
Mana ada keluarga bahagia sahaja, kita sebagai anak sebenarnya kena banyak mengalah, kena banyak sabar, kena banyak berdiam. Alhamdulillah ada manis di penghujungnya.
Terima kasih doa kalian yang sentiasa mendoakan keluarga kami bahagia. Saya hargai sangat.
Terdahulu, konflik keluarga Aliff dan Rozita menjadi sorotan hangat di media sosial, malah mereka juga saling berbalas kenyataan.
Difahamkan isu tersebut timbul selepas Rozita mendirikan rumah tangga bersama abang kepada aktres Datin Rebecca Nur Al Islam.