28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 12, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Yang Cakap Epidural Cheat Code Tu Pernah Beranak Tak? Awak Lelaki Tak Pernah Rasa Bersalin’ – Elisya Sandha

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Pelakon Elisya Sandha tampil bersuara menegur kenyataan seorang pempengaruh yang didakwa memperlekeh penggunaan suntikan epidural oleh bekas isterinya semasa proses melahirkan anak.

    ‘Kalau bab bersalin saya memang emosi’

    Ketika ditemui , pemilik nama Nur Elisya Sandha Hassan, 26, berkata isu berkaitan proses bersalin bukanlah sesuatu yang boleh dibuat bahan jenaka atau diperlekehkan, terutamanya oleh golongan lelaki yang tidak pernah merasai pengalaman itu sendiri.

    Amboi! Dia yang cakap tu pernah mengandung atau beranak tak? Suka hati je nak cakap macam tu.

    Kalau bab bersalin ni saya memang emosi.

    Awak lelaki, awak tak pernah ada dekat tempat perempuan yang mengandung dan bersalin.

    Tambah Elisya yang juga adik kepada aktres Fasha Sandha, menyamakan penggunaan epidural sebagai ‘cheat code’ dalam proses melahirkan adalah satu penghinaan besar kepada ibu-ibu yang berjuang membawa nyawa ke dunia.

    Awak boleh cakap epidural tu cheat code? Itu satu penghinaan lah. Nak cakap tu fikir lah dulu.

    Awak pergi lah tanya mana-mana perempuan, kalau bukan bekas isteri awak pun, pergi tanya kawan ke mak awak ke, tanya diorang apa beza kalau pakai epidural dan tidak.

    Susulan daripada itu, pelakon drama Mihrab Cinta Zulaikha ini juga menasihati orang ramai agar tidak memandang rendah terhadap individu lain.

    Kita jangan nak pandang rendah dengan manusia.

    Sama ada seseorang perempuan tu ambil epidural atau tidak, dia tetap melahirkan seorang manusia.

    Sebelum ini, tular satu tangkap layar perbualan di Direct Message (DM) yang menunjukkan seorang pempengaruh media sosial didakwa memperlekeh bekas isterinya yang bersalin menggunakan epidural dengan menyifatkannya sebagai ‘cheat code’.

    MENARIK:  Penyamun Menyerang Kaki & Betis Akhyar Rashid

    Perbualan itu mencetuskan kemarahan ramai sehingga wujud gerakan memboikot perniagaannya. Susulan kontroversi tersebut, pempengaruh berkenaan tampil memohon maaf dan mengakui kesilapannya.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.