29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 9, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Ed Sheeran Muncul Dengan Single ‘Old Phone’, Bakal Lancar Album Baru September Ini

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Selepas menutup lembaran siri album Mathematics, Ed Sheeran kini kembali dan melangkah berani dengan single terbaharunya berjudul Old Phone dan sebuah album yang bakal dilancarkan pada 12 September ini.

    Album & lagu baru

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Ed Sheeran (@teddysphotos)

    Ed Sheeran kembali bernostalgia menerusi single terbarunya ‘Old Phone’, yang mengisahkan tentang kekeliruan emosi apabila berhubung semula dengan masa silam.

    Dengan menghidupkan semula sebuah telefon lama yang tidak digunakan sejak tahun 2015, Ed Sheeran menemui semula mesej-mesej daripada sahabat yang telah lama hilang, pertengkaran dengan bekas kekasih, serta kenangan bersama ahli keluarga yang semakin menjauh.

    Ia kemudian memperlihatkan bagaimana masa dan perpisahan boleh membentuk semula identiti seseorang.

    Dalam pada itu, sebagai seorang artis yang sentiasa berkembang, album terbaharunya yang berjudul ‘Play’ menyaksikan Ed Sheeran meneroka landskap muzik baharu melalui kolaborasi bersama penerbit dan pemuzik dari seluruh dunia.

    Inspirasi album ini hadir daripada pendedahan Ed Sheeran terhadap budaya muzik India dan Parsi serta tradisi muzik rakyat Ireland yang juga merupakan sebahagian daripada akar muziknya sejak kecil.

    Penerokaan muzik tanpa sempadan ini sekali gus memberikan sentuhan unik dan segar kepada album tersebut.

    Buah tangan baharu

    Menurut Ed Sheeran, album ini merupakan sebuah koleksi yang menggabungkan unsur lama dan baharu kemudian membentuk muzik pop terkini.

    Play ialah sebuah album yang lahir sebagai respon terhadap fasa paling gelap dalam hidup saya. Selepas melalui semua itu, saya hanya mahu mencipta sesuatu yang penuh kegembiraan dan warna-warni sambil meneroka budaya di negara-negara yang saya lawati ketika menjelajah.

    Saya merakam album ini di serata dunia, dan melengkapkannya di Goa, India, di mana saya mengalami antara hari-hari paling menyeronokkan dan penuh eksplorasi dalam hidup saya sebagai seorang pengkarya.

    Album ini ibarat satu perjalanan rollercoaster emosi dari awal hingga akhir. Ia merangkumi segala yang saya cintai tentang muzik, keriangan, keindahan dan pada masa yang sama mencerminkan di mana saya berada dalam kehidupan, sebagai seorang insan, pasangan dan juga bapa.

    MENARIK:  Isteri Abang Tesla Dedah Belanja Lebih RM30k Untuk IVF, 6 Tahun Berjuang Menjadi Pejuang Garis Dua

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.