Dengan pencapaian luar biasa, Blood Brothers: Bara Naga berjaya mengekalkan kedudukan sebagai juara kutipan box office tempatan selama tiga minggu berturut-turut.
Blood Brothers: Bara Naga kini tersenarai dalam kutipan tertinggi pecah panggung dengan meraih RM62 juta dalam masa 20 hari tayangan.
RM62 juta kutipan
Destinasi ikonik iaitu Bukit Bintang telah dipilih sebagai lokasi bagi meraikan kejayaan luar biasa ini. Dengan pengumuman mengejut di papan LED gergasi yang memaparkan jumlah kutipan sebanyak RM62 juta setakat ini.
Dengan kehadiran para barisan pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifly, Andy Teh, Irfan Zaini, Zamarul Hisham, Ray Dap Dap, Amir Nafis, dan Razib Salimin turut memeriahkan kejayaan yang diraikan.
Acara ini turut diserikan dengan kehadiran lagenda perfileman tanah air, Datuk Dr. Yusof Haslam, pengarah Blood Brothers: Bara naga, Syafiq Yusof dan Abhilash Chandar.
Kejayaan luar biasa
Untuk menambahkan lagi elemen misteri dan eksklusif, seramai 30 orang individu yang berpakaian sut hitam, menyerupai pengawal peribadi, telah ‘menguasai’ kawasan tersebut, mencipta suasana yang penuh ketegangan dan dramatik.Â
Gimik itu dicipta bagi menghidupkan suasana Blood Brothers di mata khalayak ramai. Selain itu, persembahan akustik oleh Genji Busker yang mendendangkan lagu tema filem, Bara Jiwa turut memainkan peranan penting pada malam acara ini.
Sambutan yang diraikan ini membuktikan Blood Brothers: Bara Naga akan terus melangkah ke hadapan.
Di samping itu, Yusof Haslam sempat meluahkan rasa syukur dengan kejayaan luar biasa atas filem di bawah arahan anaknya, Syafiq Yusof yang mendapat sambutan hangat sehingga hari ini.
Terima kasih di atas sambutan yang cukup memberangsangkan dan luar biasa. Segala yang baik daripada Allah dan segala kekurangan adalah dari kami. Saya amat menghargai sokongan yang diberikan oleh semua penonton, yang sentiasa memberikan perhatian dan semangat terhadap industri perfileman tanah air.
Jangan lupa untuk menonton filem-filem tempatan lain yang kini sedang hangat dan meriah ditayangkan di pawagam, yang turut memberikan impak besar dalam dunia perfileman tanah air. Saya amat bersyukur dengan pencapaian ini, serta pembaharuan yang terus dihasilkan untuk memajukan lagi industri perfileman tanah air kita.
Sokongan padu daripada penonton adalah sumber inspirasi yang besar untuk kami terus berkarya dan saya berharap karya-karya ini akan terus menghiburkan serta memberi kesan yang mendalam kepada semua. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terus setia menyokong industri perfileman tanah air. Semoga karya-karya anak tempatan terus sukses dan mampu menembusi pasaran global.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan Blood Brothers: Bara Naga. Saksikan filem aksi penuh intensiti ini yang sedang menggegarkan layar perak dan rasai sendiri debaran yang menjanjikan pengalaman sinematik luar biasa.Â