27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 11, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Peminat Ikan Bakar & Petai Wajib Cuba Di Medan Selera Kajang

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Peminat ikan bakar dan petai, min ada berita gembira untuk korang. Kalau korang craving nak makan ikan bakar dan petai, min suggest dekat korang untuk pergi ke Ikan Bakar Petai Banjir yang terletak di Medan Selera Adikku, Kajang. Mereka menghidangkan ikan bakar bersama petai yang pasti dapat memenuhi keinginan korang. Review daripada pelanggan pun semuanya best.

    Ikan Bakar Petai Banjir

    Ingin mengetahui tempat makan menarik di Kajang? Anda boleh tekan di sini.

    Menu Popular

    Ikan Bakar Petai Banjir

    Ikan Bakar Petai Banjir

    Ikan Bakar Petai Banjir ini merupakan salah satu menu yang paling popular dalam kalangan pelanggan yang makan di sini. Rasanya yang sedap dan pekat ditambah pula petai yang banjir di permukaan pasti akan meningkatkan selera korang. Bayangkan korang makan ikan bakar petai banjir ini bersama nasi putih panas, fuh meletop beb. Korang pun boleh pilih nak ikan apa untuk dimasak. Antaranya, ikan bawal, pari, siakap dan pelbagai lagi.

    Sotong Bakar

    Ikan Bakar Petai Banjir
    Sotong Bakar Petai Banjir (Instagram)

    Kalau tak suka makan ikan, korang jangan risau. Di sini juga ada sotong bakar yang digemari ramai. Gabungan rempah dan sotong ini mesti akan buat korang berasa di awang-awangan. Dahlah sedap, saiz sotong pun memuaskan. Kalau korang nak sekali dengan petai pun boleh tau.

    MENARIK:  Kafe Tradisional Jebat: Makanan Sedap Di Tengah Hutan Di Langkawi yang Hijau

    Pendapat

    Min rasa memang tersangatlah berbaloi makan dekat Ikan Bakar Petai Banjir, Medan Selera Adikku ini. Portion dahlah memuaskan, harga pun berbaloi. Pilihan ikan pun banyak. Peminat kerang pun boleh cuba kerang bakar di sini. Jadi, min memang suggestkan dekat peminat ikan bakar di luar sana untuk cuba makan di sini.

    Ingin mencari tempat makan ikan bakar yang lain? Anda boleh tekan di sini.

    Lokasi

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.