29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Makan Mee Tarik Barakah dengan Minuman “Free Flow” di Restoran Cina Muslim

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Hai warga Selangor! Teringin nak rasa makanan cina muslim yang sedap? Jom lah ke Mee Tarik Barakah. Restoran ini terletak di Bandar Bukit Raja, Klang. Mee Tarik Barakah menawarkan makanan mee tarik (tangan) yang sangat sedap. Pelbagai menu mee tarik yang menarik disajikan dan dijamin sepenuhnya halal. Sesiapa yang belum lagi cuba masakan cina muslim, inilah masanya untuk anda rasai sendiri tekstur mee yang lembut disertai kuah sup yang segar untuk dihirup dengan harga yang berpatutan.

    Percuma isian air

    Harga makanan di Restoran Mee Tarik Barakah sangat berpatutan, isian makanan yang disajikan juga cukup besar, dimana ia memastikan pelanggan merasa puas dan kenyang setelah makan. Ini menjadikan restoran ini pilihan yang tepat baik untuk makan tengah hari mahupun makan malam. Bukan itu saja, malahan yang lebih istimewa lagi di restoran ini adalah, para pelanggan bebas untuk membuat isian semula air kerana ia percuma!!!

    Menu

    Menu di restoran ini menawarkan berbagai variasi mee tarik, mulai dari mee sup hingga mee kering. Salah satu menu kegemaran yang patut dicuba  adalah “Mee Sup Daging Tumis”. Mi yang kenyal dan lembut disajikan dengan kuah sup daging lembu yang enak, dilengkapi dengan hirisan daging lembu yang lembut dan sayur-sayuran segar. Rasa kuahnya kaya dan mendalam, menciptakan rasa yang memuaskan kepada pelanggan.

    Menu biasa

    Selain itu, beberapa jenis laksa juga dijadikan menu yang menarik perhatian para pelanggan. Tidak ketinggalan, sajian pelengkap seperti dumpling dan sate serta Tea Babao juga tersedia, ianya menambah variasi menu yang boleh dinikmati.

    Restoran Mee Tarik Barakah adalah tempat yang sempurna bagi pencinta makanan yang ingin menikmati mee tarik autentik dengan rasa yang lazat dan harga yang berpatutan. Dari suasana yang nyaman, pelayanan yang ramah, hingga rasa makanan yang memuaskan, restoran ini berjaya memberikan pengalaman makan yang menyenangkan ditambah pula dengan servis isian air percuma atau free flow. Jika anda berada di Bukit Raja, pastikan untuk singgah dan menikmati hidangan khas di sini.

    MENARIK:  Roadside Pizza TTDI: Pizza Fresh Dari Oven

    Info lanjut? Boleh semak di bawah:

    🗺️ Google Map: https://maps.app.goo.gl/2iF2VwrfBmp3xhFe6

    📍 Lokasi: No 5, Jalan Astaka 1A/KU2, bandar bukit raja, 41050 Klang, Selangor

    ⏰ Waktu operasi: Sabtu – Khamis ( 11.30am – 10.00pm) & Jumaat (3.30pm – 10.00pm)

    📲 TikTok: @mibarakah 

    📞 Phone: 03-3358 3663

    ✨ Kelebihan: Lokasi strategik di corner lot, suasana menarik, kebersihan terjaga, harga murah dan berpatutan.

    Artikel oleh Syuriana Ibrahim



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.