Hai semua! Harini dah ada plan untuk berbuka di mana ke? Kalau belum, jangan risau! Min dah sedia untuk kongsikan senarai tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur untuk berbuka. Jom, kita explore sama-sama dan pilih tempat yang paling berkenan di hati korang. Mari baca lebih lanjut!
1. Geunyang Gogi
Kalau korang cari Korean BBQ Halal kat TTDI (Taman Tun Dr Ismail), Geunyang Gogi memang tempat yang korang patut singgah! Berada dalam kawasan yang tenang dengan banyak tempat parking percuma, Geunyang Gogi menyediakan pelbagai hidangan Korea dan daging Halal dengan gaya BBQ arang Korea. Min tahu ramai yang minat tengok drama Korea kan. Jadi, kalau korang datang sini, memang boleh merasai vibe macam dalam drama Korea tau. Ingat, book dulu sebelum datang!
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/ZChjT4WLzX4SN1VSA
📍Alamat: No 30, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
📲Facebook: https://www.facebook.com/p/Geunyang-Gogi-100077656043443/
📲Instagram: https://www.instagram.com/geunyanggogi/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@geunyanggogi
☎️Phone: 016 960 0775
2. Pop’s Eatery TTDI
Eh, Pop’s Eatery ada di TTDI? Betul korang, ini cawangan ketiga yang dibuka pada akhir tahun lepas. Kat sini korang boleh cuba menu spicy cream cheese pasta yang sedap. Tak pernah tak sedap kat sini, memang terus jadi comfort food. Wajib cuba!
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/xyu1bd3tGTffWq4r8
📍Alamat: No 25 & 25a, Lorong Rahim Kajai 13, Taman Tun Dr Ismail, 60000, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
📲Facebook: https://www.facebook.com/popseatery/
📲Instagram: https://www.instagram.com/popseatery
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@popseatery
☎️Phone: 012 495 5882 / 03 7731 8821
3. Hameediyah Multi Concept Dining Bukit Bintang
Korang yang suka berjalan di kawasan Bukit Bintang mesti pernah lalu Hameediyah Multi Concept Dining ni kan? Takkan korang lalu je, masuk la sini untuk berbuka nanti. Restoran ni sangat selesa tau korang, siap ada surau untuk korang berhenti solat. Dah lah banyak tempat duduk, memang sangat sesuai untuk korang bawa satu kampung datang sini. Min guaru je. Kebiasannya, restoran ni memang penuh dengan orang kerana lokasinya yang terletak di pusat Kuala Lumpur. Apa pun korang cuba dulu tau!
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/AbdimmnkxB5twoC1A
📍Alamat: No 138, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
📲Facebook: https://www.facebook.com/hameediyahkl/
📲Instagram: https://www.instagram.com/hameediyahkl/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@hameediyahkl
☎️Phone: 03 2382 0344
4. Nasi Kandar Utara Lunchbear TTDI
Ada satu lagi tempat untuk makan nasi kandar ni korang. Jom singgah di Lunchbear Nasi Kandar Utara! Kat sini pun dijamin sedap tau. Lepas korang makan sini nanti, pasti akan repeat lagi.
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/315hztTx1pAkt6n89
📍Alamat: No 153, Jln Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
📲Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=61556364270972
📲Instagram: https://www.instagram.com/lunchbear.ttdi/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@lunchbearnasikandarutara
☎️Phone: 013 496 4153
5. Serambi Cafe & Restaurant TTDI
Banyaknya restoran yang sedap untuk tempat berbuka di TTDI, Kuala Lumpur ni. Tak dilupakan juga Serambi Cafe & Restaurant ni. Tapi Min hairan betul pilihan menu dia. Sebab apa? Sebab ada Thai Basil Chicken, Kerutuk Ayam Kelantan, Lemak Cili Api, Kam Heong Chicken, dan Spaghetti pun ada. Min hairan ni restoran apa sebenarnya kan. Ha kerana tu lah restoran ni unik dengan kepelbagaian menu yang ada. Patut lah Min nampak trademark restoran ni ‘where flavours unite’. Makanan pun ada semangat perpaduan tau.
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/MDcw3drrYFMV5jDj7
📍Alamat: No 127, Jln Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
📲Facebook: https://www.facebook.com/serambi.ttdi/
📲Instagram: https://www.instagram.com/serambi.ttdi/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@serambi.ttdi
☎️Phone: 011 1099 1606
6. Aron Shah Signature Noodles & Seafood Restaurant
Korang nak tahu tak, kat sini korang boleh dapat menu masakan Seafood Cina Muslim yang sedap dan menyelerakan. Memang tempat ni ‘hidden gem’ lah kat KL ni! Tukang masak restoran ni ialah seorang Chef. Patutlah makanan dia semua sedap-sedap kan. Korang wajib datang sini untuk tempat berbuka tau!
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/NB4ZjdURjVkvRaug7
📍Alamat: No. 48-1 & 48-2, Jalan Sultan, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
📲Facebook: https://www.facebook.com/aronshah.my
📲Instagram: https://www.instagram.com/aronshah.my
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@aronshah.my
☎️Phone: 03 2022 1919
7. Muhibbah Seafood Restaurant
Restoran Muhibbah Seafood ni pun restoran makanan Cina Muslim, tapi yang ni lain sikit. Nak tahu apa kelainannya? Restoran ni menyajikan makanan Cina Muslim dengan sentuhan Thai. Yang menariknya, Min ada baca review yang kata dia dah makan di Restoran Muhibbah ni selama 30 tahun! Wow, rupanya Restoran Muhibbah Seafood ni dah bertapak sejak 1986. Korang cuba la berbuka sini, mana tahu nanti jadi pelanggan setia.
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/sG6v2xJr4snY3at99
📍Alamat: Jalan Seri Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
📲Website: https://www.muhibbahseafood.com/
📲Instagram: https://www.instagram.com/muhibbahseafood/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@muhibbahsgpenchala
☎️Phone: 03 7727 3153 / 011 1140 3153
8. Ikhwan Delights Restaurant Sungai Penchala
Kalau korang ikuti siri Top 15 tempat berbuka puasa terbaik Purple Durian, korang mesti ingat Min ada cadang Ikhwan Delights cawangan Putrajaya. Sekarang Min cadangkan korang untuk singgah di cawangan Sungai Penchala, Kuala Lumpur pula. Memang antara tempat berbuka best di kawasan ni. Pelbagai hidangan, kebersihan, dan keselesaan tempat makan membuatkan Ikhwan Delights ni jadi pilihan terbaik untuk korang kumpulkan satu keluarga.
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/oKh5QHZ1Vp27qPbv9
📍Alamat: 2932, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
📲Facebook: https://www.facebook.com/p/Ikhwan-Delights-Sg-Penchala-100066463549972/
📲Instagram: https://www.instagram.com/ikhwandelights.sungaipenchala/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@ikhwandelightssp
☎️Phone: 012 314 1937
9. Samudra @ Anjung Patin Ville
Nak makan ikan patin dalam rumah? Jom berbuka di Samudra @ Patin Ville. Kat sini korang boleh dapat juadah ikan sungai dan masakan kampung resipi tradisi keluarga Restoran Samudra yang asli dari Pahang tau! Ingat Temerloh, ingat ikan patin. Ingat ikan patin, ingat Samudra!
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/9bs184BgdRNGsyc26
📍Alamat: No 51, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
📲Website: https://samudrapatin.com/
📲Facebook: https://www.facebook.com/Anjungpatinville/
📲Instagram: https://www.instagram.com/anjung_patin_ville/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@anjungpatin
☎️Phone: 019 607 6737
10. Rumah Tomyam
Tadi Min ajak makan ikan patin dalam rumah kan, sekarang Min ajak korang pergi Rumah Tomyam pula. Tapi ni bukan rumah tau! Nama restoran ni sebenarnya Rumah Tomyam. Menu paling sedap kat sini ialah Siakap 3 Rasa. Nanti cuba tau!
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/kGsobpfdpodMzXBx5
📍Alamat: Jalan Kampung Padang Balang Hulu, Kampung Padang Balang, 51000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
📲Facebook: https://www.facebook.com/rumah.tomyam.7
☎️Phone: 018 222 9718
11. Rosdet Tomyam
Min, ada kedai tomyam lain tak? Mestilah ada. Korang berbuka di Rosdet Tomyam ni pun nice tau. Tempat ni luas juga untuk korang makan tomyam ramai-ramai. Berbaloi makan sini. Sedap!
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/1Hxb91RvRjjS4nVe6
📍Alamat: No 160, Jalan Abdul Rahman Idris, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
📲Facebook: https://www.facebook.com/rosdet/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@rosdet.tomyam
☎️Phone: 016 908 2454
12. Adeena Thai Cafe
Nak berbuka dengan menu Thai tapi Thailand jauh dari rumah korang? Tak perlu susah-susah pergi Thailand tau, korang datang sini je untuk rasa masakan sebenar Thai. Berbuka di sini pun rasa tenang je sebab tak crowded.
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/1yq3Z3ZzhdaweVzd7
📍Alamat: No 32A, Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
📲Facebook: https://www.facebook.com/adeenathaicafe/
📲Instagram: https://www.instagram.com/adeenathaicafe/
☎️Phone: 012 887 1252
13. Restoran Calisto
Satu lagi ‘hidden gem’ yang Min jumpa di kawasan Sungai Penchala, KL. Lokasi restoran ni pun memang betul-betul tersembunyi ya. Korang kena cari dulu! Tak rugi pun datang sini. Memang ada vibe kampung yang estetik. Sangat sesuai juga untuk korang yang nak makan makanan western dengan suasana tenang dan santai. Yang penting, semua menu kat sini rasa sedap! Nanti singgah untuk berbuka tau!
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/CtkUg3cwL2Fy2vVD9
📍Alamat: Calisto Restaurant, Jalan Damansara, Kampung Sungai Penchala, 60000 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
📲Website: https://calisto.my/
📲Facebook: https://www.facebook.com/Calisto.Penchala/
📲Instagram: https://www.instagram.com/Calisto.Penchala
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@calisto.my
☎️Phone: 011 6094 6979
14. Tasnim Tomyam Padang Balang
Korang, jom singgah restoran ni pula. Korang boleh dapat pelbagai aneka masakan Thai dan Kelantan di Tasnim Tomyam Padang Balang. Siapa nak makan pulut mangga untuk juadah berbuka, boleh datang sini!
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/wCB8awpjwarPxPdJ6
📍Alamat: Lot 544, 12c, Kampung Padang Balang, Sentul, 51000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
📲Facebook: https://www.facebook.com/p/Tasnim-Tomyam-Padang-Balang-100063552881749/
📲Instagram: https://www.instagram.com/tasnim_tomyam/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@tasnimtomyampadangbalang
☎️Phone: 019 335 0842
15. Wannah’s TTDI
Untuk cadangan tempat berbuka yang terakhir, Min nak bawa korang makan makanan Johor di TTDI, KL. Min ada baca menu dia, ada makanan Johor yang popular macam Laksa Johor, Soto Ayam Johor Bahru, dan Mee Bandung Muar, serta hidangan Johor lain yang sedap-sedap. Memang hidangan Johor klasik lah!
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/VAXHMZ1WsnEG2SqU6
📍Alamat: No 22, Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
📲Website: https://www.wannahsfood.com/
📲Facebook: https://www.facebook.com/wannahsfood
📲Instagram: https://www.instagram.com/wannahsfood/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@wannahsfood
☎️Phone: 019 770 7070 / 019 771 7171
Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor