26.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 21, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Terbuka Buat Semua! Sambutan Hari Guru 2025 Bakal Berlangsung Di Kuching, Sarawak

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Tahun ni Sambutan Hari Guru 2025 dijangka akan meriah lain macam! Mana tidaknya, bermula 14 sehingga 16 Mei 2025, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-54 kat Kuching, Sarawak!

    Paling best, sambutan ini bukan sahaja dikhaskan buat golongan pendidik je, malah orang ramai dari semua lapisan golongan dijemput datang! ?

    Sambutan Hari Guru 2025: Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

    Pada tahun ini, tema yang dipilih adalah ‘Guru Pemacu Reformasi Pendidikan’. Sambutan pada kali ni nak bagi sedia memberi penghargaan kepada para insan-insan yang bukan sahaja mengajar malah, menjadi agen perubahan untuk masa depan negara! ?

    Mereka inilah yang berusaha keras dalam memberi pendidikan dengan gabungan teknologi terkini dalam memberikan ilmu yang terbaik buat modal insan negara. Hebat bukan?

    Kalau korang plan nak join sambutan penuh meriah ini, ini 6 aktiviti  menarik yang confirm korang tak nak lepaskan semasa di Kuching, Sarawak:

    1. Buka tirai Sambutan Hari Guru dengan perarakan perahu!

    Hanya di Sarawak je korang boleh celebrate Sambutan Hari Guru sambil tengok cikgu-cikgu naik perahu tambang!

    Aktiviti yang dinamakan sebagai ‘Juh Kita Berekot Rami-rami’ ini sekaligus menjadi pembuka acara yang kepada Sambutan Hari Guru 2025. Confirm rare dan insta-worthy!

    Tarikh: 14 Mei 2025

    Masa: 6:00 pagi sehingga 8:30 pagi

    Tempat: Padang Merdeka ke Dataran Ibu Pertiwi

    2. Forum masa depan pendidikan Malaysia

    Tarikh: 14 Mei 2025

    Masa: 9:30 pagi sehingga 11:30 pagi

    Tempat: Kuching Waterfront (Zon B)

    Kalau korang sememangnya minat dengan isu pendidikan negara, forum ni wajib korang join!

    Forum ini turut menampilkan panel pakar yang akan kupas topik-topik panas pasal reformasi pendidikan dan cara-cara kita boleh membantu memperkasakan lagi cikgu dan pelajar dalam negara.

    3. Pameran pendidikan selama 3 hari dari pagi sampai malam!

    ‘Pameran Pendidikan Ceritera Guru’ merupakan aktiviti utama sempena sambutan ini.

    Korang berpeluang untuk melawat booth-booth daripada KPM, jabatan pendidikan negeri, NGO, agensi kerajaan dan sektor swasta.

    Selain tu, korang juga boleh cuba aktiviti hands-on, dengar sendiri cerita inspirasi daripada para pendidikan serta dan explore pelbagai pameran menarik!

    Tarikh: 14- 16 Mei 2025

    Masa: 9:00 pagi sehingga 10:00 malam

    Tempat: Dataran Waterfront Kuching (Zon A & C)

    4. Healing sambil dengar konsert!

    Dah puas explore pameran pendidikan seharian, korang boleh lepak dan healing sambil layan konsert.

    MENARIK:  Rakan Seperjuangan Membantu Ali XPDC Melalui Konsert Amal

    Lebih unik, konsert ini turut menampilkan persembahan budaya dan penghargaan khas buat warga pendidik.

    Mesti best kalau bawa keluarga atau bestie bersama!

    Tarikh: 14 Mei 2025

    Masa: 8:30 malam sehingga 10:00 malam

    Tempat: Waterfront Kuching (Zon B)

    5. Layan busking sambil menikmati view sungai

    Sambutan pada hari kedua tidak kurang hebatnya.

    Bermula 9:00 pagi, korang dah boleh berpeluang melayan busker yang perform secara live sambil menikmati view sungai Sarawak.

    Tarikh: 15 Mei 2025

    Masa: 9:00 pagi sehingga 11:00 pagi

    Tempat: Dataran Waterfront Kuching (Zon B)

    6. ‘Malam Kamek Sayang Cikgu’

    Sesuai dengan namanya iaitu ‘Malam Kamek Sayang Cikgu’, program ini dikhaskan buat para guru beserta persembahan penuh sentimental serta menampilkan kebudayaan Sarawak.

    Untuk pengetahuan korang, ‘kamek’ bermaksud saya dalam Bahasa Sarawak.

    Tarikh: 15 Mei 2025

    Masa: 8:30 malam sehingga 10:00 malam

    Tempat: Dataran Waterfront Kuching (Zon B)

    Apa tunggu lagi? Kalau korang berada di Sarawak atau bercadang nak jalan-jalan di Kuching, Sarawak, jangan lepaskan peluang emas ini ya.

    Memang rare untuk menyaksikan Sambutan Hari Guru yang bakal dilangsungkan di Kuching, Sarawak pada tahun ini!

    Oh ya, jangan lupa untuk berterima kasih buat para guru korang sempena Hari Guru yang bakal tiba.

    Ketahui lebih lanjut mengenai Sambutan Hari Guru 2025 dengan klik di SINI.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.