26.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 21, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    KamiSempoi Golden Award 2024 Tambah Kategori, Tiga Anugerah Baharu Diperkenal Tahun Ini

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Masih berjaya mengekalkan kedudukan sebagai nombor 1 Platinum Agency di Malaysia serta Top 7 TikTok Agency di Asia Tenggara, KamiSempoi International Agency (KSIA) terus komited dalam usaha melahirkan live host berkaliber di rantau ini. 

    Tambah kategori

    Salah satunya adalah meneruskan usaha menganjurkan KamiSempoi Golden Award 2024 untuk memberikan pengiktirafan kepada live host TikTok dan rakan niaga mereka yang selama ini  telah sama-sama bekerja keras membantu menaikkan nama serta kedudukan KSIA sebagai syarikat agensi lokal TikTok berpengaruh di peringkat global. 

    KamiSempoi Golden Award 2024 pada tahun ini akan diadakan di Galaxy Banquet Hall, Sentul Kuala Lumpur pada malam ini bermula jam 8.00 malam beserta dengan acara karpet merah. 

    Pada tahun ini, jumlah kategori yang dipertandingkan telah meningkat dengan begitu ketara. Pada tahun lalu, sebanyak 7 kategori telah disediakan kepada rakan niaga KSIA, manakala 15 kategori untuk live host.

    Namun pada tahun ini, sebanyak 12 kategori dipertandingkan untuk rakan niaga, manakala 15 kategori untuk live host yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sama ada yang golongan selebriti, profesional, ahli perniagaan, pelajar, suri rumahtangga sehinggalah golongan Istimewa (Orang Kurang Upaya).

    Bahkan, tiga anugerah baharu iaitu Top Host KamiSempoi – Singapura 2024, Top Host KamiSempoi – Indonesia 2024 serta Top Host KamiSempoi – Malaysia 2024 turut diperkenalkan pada tahun ini yang mana salah seorang daripada pemenang akan merebut gelaran Top Host KamiSempoi of The Year 2024. 

    Pengasasnya, To Chin Swee atau lebih dikenali sebagai Pakcik Chin Swee berkata, peningkatan jumlah kategori dalam acara KamiSempoi Golden Award 2024 ini membuktikan bahawa jenama KSIA sebagai syarikat agensi TikTok di rantau Asia Tenggara ini semakin dipercayai. 

    Buktinya jumlah live host di Malaysia yang menaungi KSIA semakin bertambah iaitu sebanyak 3,100 di Malaysia, 1,400 (Indonesia) dan 100 (Singapura) serta dinaungi sebanyak 27 (malaysia) dan 9 (indonesia) rakan niaga secara keseluruhan. 

    Angka ini jauh lebih besar berbanding tahun lalu yang mana hanya sebanyak 1,300 (Malaysia), 550 (Indonesia) dan 100 (Singapura) serta 21 rakan niaga yang menaungi KSIA. 

    Atas sebab itu, kami mengambil keputusan untuk perkenalkan kategori Top Host KamiSempoi – Singapura 2024, Top Host KamiSempoi – Indonesia 2024 serta Top Host KamiSempoi – Malaysia 2024 diperkenalkan bagi membangkitkan lagi semangat daya saing mereka untuk menjadi live host yang berjaya dan berkaliber. 

    Kejayaan Adelyn Heng sebagai live host TikTok

    ADELYN HENG

    Menurut Pakcik Chin Swee lagi, acara KamiSempoi Golden Award 2024 pada ini penting untuk diadakan kerana ia juga adalah salah satu usaha KSIA untuk meraikan pelbagai pencapaian yang diraih sepanjang tahun lalu. 

    Antaranya adalah kejayaan Adelyn Heng sebagai live host TikTok yang telah meraih kedudukan sebagai Top 3 di Asia Tenggara serta Top 100 di dunia. Melalui kedudukan yang diraihnya itu, Adelyn juga sudah pernah diundang untuk menghadiri acara TikTok di negara luar bagi mewakili Malaysia. 

    Bahkan kita juga ingin meraikan pencapaian tiga rakan niaga iaitu BossKlan, KSIA Christ dan Mentol Talent yang berjaya meraih jumlah peroleh pendapatan diamond yang tinggi sepanjang tahun lalu. 

    Jumlah peroleh pendapatan diamond yang diraih BossKlan pada tahun lalu adalah sebanyak USD73,000 ribu (RM 309,372.41 ribu), KSIA Christ USD68,000 ribu (RM 288,182.52 ribu) serta Mentol Talent USD16,000 ribu (RM 67,807.65 ribu).

    Sementara itu, KSIA bakal melancarkan label muzik rasmi mereka pada pertengahan tahun ini, menandakan fasa baharu dalam usaha memperluaskan pengaruh dan potensi bakat live host di bawah naungan KamiSempoi.

    MENARIK:  [VIDEO] Ina Naim Mengingati Pesanan Terakhir Arwah Suhaimi Saad – ‘Penjaga Kalian Bukanlah Saya, Tetapi Allah’

    Sebagai pembuka tirai kepada perjalanan ini, KSIA menjalin kolaborasi istimewa bersama Miaw Music bagi menerbitkan lagu bertajuk ‘KamiSempoi’, hasil ciptaan oleh ahli pengurusan KamiSempoi sendiri, iaitu Kimchi Kacak. Lagu ini bakal dipersembahkan buat pertama kali oleh Bulan Asyraff dalam acara berprestij KamiSempoi Golden Award 2024.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.