MUFFIN TELUR
oleh Kak Wan
BAHAN-BAHAN
3 biji Telur
1/4 cawan Susu Fullcream
1/4 cawan Minyak Sayur
1 1/4 cawan Tepung Gandum
1 sudu kecil Serbuk Penaik
1/4 sudu kecil Baking Soda
1/2 sudu kecil Garam
1/2 sudu kecil serbuk Bawang Putih
1/2 cawan campuran keju Parmesan dan Mozzarella
3 tangkai Daun Bawang, hiris halus
TELUR REBUS LEMBUT
4 biji Telur Grade E
2 sudu kecil Garam
1/2 sudu besar Minyak
Air untuk merebus
CARANYA:
- Masukkan air setengah paras telur, garam dan minyak.
- Tutup periuk, masak dengan api besar selama 5 minit.
- Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk.
- Kupas kulit telur di bawah air mengalir.
- Biarkan sejuk dan salutkan telur dengan tepung hingga rata.
- Ketepikan dan sediakan adunan muffin.
CARANYA:
Putar telur hingga kembang, masuk minyak dan susu DUTCH LADY.
Satukan tepung, serbuk penaik, baking soda, garam dan serbuk bawang putih.
Masukkan ke dalam adunan telur dan kaup balik hingga sebati.
Masukkan keju dan daun bawang, gaul rata.
Oles acuan muffin dengan mentega.
Masukkan 1/4 adunan ke dalam acuan.
Tekan sebiji telur di tengahnya.
Kemudian tutup atasnya dengan adunan hingga menutup telur.
Oven suhu 180C selama 18-20 min sehingga muffin berwarna perang keemasan.
Keluarkan muffin dari ketuhar dan biarkan ia sejuk selama 2-3 minit sahaja.
Hidangkan segera jika anda suka telur rebus lembut, jika tidak telur akan cepat masak.
 MUFFIN TELUR