Kuih Angkoo / Kuih Peria
Cara-cara
1. Rendam kacang hijau selama 4 jam atau lebih. Selepas itu kukus atau rebus hingga masak. Â Lenyek sedikit ketika masih panas.
2. Masak gula melaka, gula pasir, garam dan air kemudian masukkan kacang hijau, gaul rata. Â Apabila hampir kering masukkan tepung pulut gaul hingga bergentel. Â Sejukkan inti dan buat bulat-bulat.
3. Untuk doh, uli tepung pulut dengan santan sehingga lembut. Â Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Warnakan setiap satu kemudian uli hingga sebati.
4. Ambil doh sebesar ibu jari (15gm) kemudian isikan inti didalamnya. Bentukkan seperti buah peria dengan lidi atau penyepit kemudian sapu minyak masak ke atasnya, letak diatas daun pisang. Buat hingga habis.
5. Kukus dalam pengukus yang telah di panaskan terlebih dahulu dengan api perlahan lebih kurang 8 - 10 minit.
Untuk membuat bentuk strawberry :
Bentukkan seperti buah strawberry, ambil doh hijau dan terap dengan penerap biskut atau fondant bentuk daun, lekatkan dan cucuk badannya dengan lidi.
Tips :
*** Doh mestilah liat tetapi boleh di bentuk, doh lembut akan menjadikan kuih kembang.
*** Sentiasa tutup dengan kain lembab untuk mengelakkan doh menjadi kering. Â Jika kering dan merekah masukkan sedikit air saja dan uli semula.
*** Jangan mengukus lebih dari 15 minit kerana kuih akan mengembang.