32.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 2, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
KEMPEN IKLAN

Artikel Terkini

Kek Lapis Keju Oren

- Advertisement -

Shopee CNY Sale


Kek Lapis Keju Oren
oleh Kak Wan

Bahan-bahan
450 gm mentega
10 biji telur A
220 gm gula halus (1 cawan)
1 tin susu pekat manis
2 sudu kecil ovalette
360 gm tepung Hong Kong
500 gm cream cheese, suhu bilik
2 sudu kecil orange emulco
Sedikit pewarna oren

Loyang 9in - Gris dan alas dasar loyang sahaja


Cara-cara :

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan berkrim.
  2. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga bergaul rata.
  3. Dalam bekas lain, putar cream cheese hingga lembut.
  4. Masukkan susu pekat, putar hingga licin dan tidak berketul.
  5. Campurkan adunan mentega dan adunan cheese, sebatikan.
  6. Masukkan tepung, gaul rata dan bahagikan kepada 2 bahagian.
  7. Satu adunan asal dan satu di beri pewarna oren dan oren emulco.
  8. Ketepikan 6 sudu besar adunan untuk hiasan.
  9. Ratakan 9 sudu besar adunan oren (150 gm) ke dalam loyang.
  10. Bakar api atas dan bawah pada suhu 180C selama 8 minit.
  11. Tukar api atas saja dan ratakan adunan asal.  Bakar selama 8 minit.
  12. Buat berselang seli adunan hingga habis.
  13. Untuk lapisan terakhir, tompokkan adunan hiasan dan lorekkan.
  14. Turunkan suhu kepada 150C dan bakar hingga masak,
  15. Jangan terlalu perang supaya tidak menegelamkan corak di atas.
  16. Kek ini juga boleh di kukus.
MENARIK:  Kek Lapis Sisik Ikan

Kek Lapis Keju Oren

KEMPEN IKLAN

Artikel Terkini

FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

Coretan Hari Ini

Sertai Kami

Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.