Kek Lapis Idola
Sumber :Â Rozzan
Bahan-bahan
500gm mentega
150gm gula halus/kaster
10 telur Grd A
300gm susu pekat
150ml santan pekat (kotak)
200gm sekaya
200gm horlicks
280gm tepung Hongkong
100gm Milo
350 gm cokelat masakan – cairkan dgn kaedah ‘double-boiling’
sedikit pewarna kuning/merah
Loyang 9 x 9" di alas dan di gris dasarnya.
Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan susu pekat manis, sekaya dan santan. Pukul hingga sebati.
2. Masukkan telur satu persatu sambil di pukul sebati. Perlahan speed mixer, masukkan horlicks dan tepung lalu dipukul sebentar sehingga adunan rata.
3. Bahagi adunan kepada 3 bahagian, satu bahagian dicampurkan milo dan coklat, satu bahagian diwarnakan kuning dan yang akhir diwarnakan merah.
4. Ratakan 7 sudu besar adunan kuning, bakar dengan api atas dan bawah selama 6-8 minit hingga permukaannya perang. Keluarkan dari oven, tekan dengan penekan kek, sapu sedikit dengan mentega dan cucuk dengan garfu.
5. Ambil 7 sudu besar adunan merah dan ratakan atas lapisan kuning tadi. Bakar dengan api atas sahaja. Ulangi membakar adunan kuning dan merah berselang seli sebanyak 4 lapisan.
6. Kemudian ambil 7 sudu besar adunan coklat, ratakan dan bakar hingga masak. Ulangi proses melapis adunan coklat ini sehingga adunan habis.
7. Seterusnya, ratakan 7 sudu besar adunan merah dan bakar hingga keperangan. Kemudian ambil 7 sudu besar adunan kuning, ratakan atas lapisan merah tadi. Ulangi membakar adunan merah dan kuning berselang seli sebanyak 4 lapisan.
8. Akhir sekali, tutup loyang dengan aluminium foil dan bakar dengan api atas dan bawah selama 10-15 minit supaya kek masak dengan sepenuhnya.
Resipi asal menggunakan pewarna kuning jer bagi lapisan atas dan bawah dgn tengah2nya adunan cokelat.
 Kek Lapis Idola