25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 2, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
KEMPEN IKLAN

Artikel Terkini

[SUKA] Sufi Rashid Akan Menjadi Bapa untuk Kali Pertama Setelah 5 Tahun Berkahwin, Membawa Isteri ke Konsert Adele di Jerman Kerana Keinginan

- Advertisement -

Shopee CNY Sale



Sufi Rashid

Selepas lima tahun melayari bahtera perkahwinan, penyanyi Sufi Rashid mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan pertama.

Anak perempuan!

Sufi Rashid

Sufi berkata, isterinya Nurulain Md Yusof, kini sedang hamil enam bulan dan dijangka melahirkan pada November depan.

Alhamdulillah, saya dah isteri bakal menyambut cahaya mata pertama kami. Jantinanya perempuan.

Lebih istimewa ini adalah bayi dari London, ketika kami bercuti di Eropah tahun lalu.

Sufi dan Ain mengumumkan berita gembira itu ketika ditemui pada acara ‘gender reveal’ yang berlangsung di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Dalam pada itu, Sufi memberitahu, dia dan isteri semenangnya merancang untuk memiliki zuriat apabila ekonomi mereka sudah stabil.

Kenapa lepas lima tahun? Saya dan isteri memang buat perancangan keluarga untuk ada anak. Bukan kami tidak berusaha.

Kami berfikir untuk ada anak perlu ekonomi dan kewangan yang stabil, jadi alhamdulillah sekarang sudah stabil dan kami yakin untuk besarkan keluarga.

Dalam pada itu, Sufi memberitahu isterinya mengidam untuk menonton konsert penyanyi Hollywood iaitu Adele dan mereka bakal terbang ke Munich, Jerman esok.

Esok saya dan isteri akan terbang ke Jerman untuk tonton konsert Adele. Sebab isteri saya pernah luahkan hasrat nak tonton konsert Adele.

Imbas kembali, Sufi dan Ain mendirikan rumah tangga pada 21 September 2019.

MENARIK:  Sasha Abdul Aziz Menangis Keguguran Kerana Mahu Anak Lelaki

The following two tabs change content below.

KEMPEN IKLAN

Artikel Terkini

FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

Coretan Hari Ini

Sertai Kami

Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.