28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Uniknya Pahang: Ikan Patin Tempoyak, Sedap Giler!

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Masakan ini amat terkenal di kawasan daerah seperti Raub, Kuala Lipis dan Jerantut. Boleh dikatakan setiap kedai makan di kawasan Temerloh dan Raub, Pahang ini akan menyajikan juadah ini untuk menarik minat orang ramai datang ke kedai masing-masing. Ikan patin masak tempoyak sangat terkenal di negeri Pahang terutamanya di daerah Temerloh. Gulai tempoyak ikan patin amat sedap dinikmati bersama nasi putih, ulam-ulaman dan aneka sambal. Rasa gulai ini lain dari yang lain. Hal ini kerana, pes durian yang digunakan telah diperap terlebih dahulu. Kemudian, ianya dipadankan dengan ikan tempoyak segar yang rata-ratanya mudah didapati di negeri ini.

    Ikan patin masak tempoyak ini dimasak menggunakan tempoyak, cili padi dan kunyit hidup yang telah ditumbuk atau dikisar, sedikit air, daun kesum, asam keping dan juga garam. Kesemua bahan-bahan ini di masukkan ke dalam periuk dan dimasak sehingga mendidih. Setelah mendidih, barulah di masukkan ikan patin yang telah dibersihkan dan dipotong. Ikan patin perlulah dibersihkan dengan menggunakan tepung gandum atau air asam jawa untuk mengurangkan bau hanyir ikan tersebut.

    Selain daripada ikan patin masak tempoyak menu yang menggunakan tempoyak adalah pais ikan tilapia dan ikan patin. Ikan disalut pes istimewa hasil kombinasi tempoyak, cili padi, kunyit dan herba tempatan ini akan dibalut menggunakan daun pisang sebelum dibakar sekali gus menghasilkan rasa dan aroma menyelerakan. Pais menggunakan santan segar bagi menghasilkan kuah yang enak, gabungan ramuan seperti bawang besar, bawang putih, asam keping, kunyit, cili padi, daun kunyit, daun kaduk dan serai melengkapkan rasa.

    MENARIK:  Amir Western Corner: Bestnya Makanan di Tampin, Bro!

    Baca juga artikel:

    Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan.



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.