26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 3, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Syurga Dessert & Flower Tea Ala-ala Unique, The Butter Beri Cabaran Pastry!

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Korang nak lepak kat spot yang cantik, kinda minimalist dan aesthetically pleasing tapi tak tahu mana nak cari? If so, Min ada satu cafe yang perfect untuk korang try. Cafe ni tak lain tak bukan The Butter yang terletak kat Melaka. Tapi Min, apa yang membuatkan The Butter stand out dari cafe lain kat luar sana? Ha, kalau korang nak tahu, The Butter ni ada menyediakan macam-macam pilihan pastry dan juga flower tea yang istimewa tau!

    Interior design The Butter berkonsepkan modern aesthetic dan minimalist dengan kombinasi warna jingga dan putih yang menghiasi dalaman cafe mencipta suasana yang warm dan welcoming kepada para pelanggan. Selain itu, ambiance yang digunakan juga faktor tambahan untuk menjadikan The Butter tempat yang selesa dan tenang untuk pelanggan yang memilih untuk dine-in. Untuk netizen yang suka vibe yang sebegini, boleh datang ke The Butter untuk merasai pengalaman yang Min sendiri pernah rasa – tangkap banyak gambar, dari gambar makanan dan minuman hingga gambar cafe ini sendiri. Semestinya banyak memori manis yang tercipta lepas makan kat sini dengan keluarga.

    Luaran The Butter
    Kaunter The Butter

    Menu

    Pastry

    1. Signature Fruit Cake

    Kalau korang suka kek buah yang ringan rasa dan ada texture yang lembut, Min memang recommend untuk order Signature Fruit Cake dari The Butter sebab buah-buah yang digunakan untuk kek ni fresh dan cream juga manis.

    1. Chicken Sausage Pesto With Pickles

    Suka makan roti sausage? Try pulak Chicken Sausage Pesto With Pickles yang disediakan oleh The Butter. Pes Pesto yang mereka gunakan adalah homemade dan jeruk menambahkan crunchy texture dalam hidangan ni.

    1. Cheezy Bagel

    Cheese? Bagel? Cheezy Bagel? Untuk cheese lovers, Cheezy Bagel ni wajib ada dalam cheezy food checklist korang. Cheezy Bagel dari The Butter adalah lembut dan gebu serta ada rasa cheese yang cukup. Kalau makan dengan flower tea memang rasa puas hati.

    MENARIK:  Ume Floral Cafe: Tempat Makan yang Kreatif dengan Bunga di Johor.

    Flower Tea

    1. Bliss Beauty

    Bliss Beauty adalah teh yang mempunyai infusion dari bunga ros dengan daun teh premium, handcrafted by tea barista The Butter. Sekali bau je, korang dapat bau wangian bunga ros dari Bliss Beauty ni. Kalau korang dine-in, aroma teh yang sedang dibancuh memenuhi ruang cafe once tea barista sediakan order dari pelanggan.

    1. Moon Heat

    Moon Heat mempunyai bunga chrysanthemum dan mint so bila korang minum teh ni, korang akan rasa panas dari teh tapi at the same time korang akan rasa sejuk yang datang dari mint yang ada. Memang rasa refreshing. This is my personal favourite.

    The Butter juga menyediakan pastry lain seperti croissant, cromboloni, coffee, tarlets dan lain-lain untuk para customer pilih sama ada nak dine-in ataupun take-away. Cafe ni agak kecik so hujung minggu mungkin akan jadi a bit crowded tapi ada hari yang tak ramai sangat orang jadi option dine-in dengan tenang tu possible. Min semestinya recommend untuk korang cuba The Butter sebab akan berbaloi duit dan masa yang korang gunakan semasa berada kat cafe ni.

    Location & Info

    The Butter

    📍38, Jalan Tukang Emas, 75200 Melaka

    🗺️ Google Maps: The Butter

    ⏰Waktu Operasi: 8.30 am – 6.00 pm (SELASA CUTI)

    📲Phone: 011-55814199

    📲Instagram: The Butter

    📲TikTok: The Butter

    📲Facebook: The Butter



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.