Makan Nasi Lemak, Masuk Waterworld i-City secara percuma
i-City, 24 Oktober 2023: Makan Sama-Sama (Edisi Nasi Lemak) pertama anjuran
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan diadakan di i-City pada hujung minggu ini.
Acara ini akan berlangsung antara 28 dan 29 Oktober di CityWalk i-City dan akan
menampilkan lebih daripada 10 Nasi Lemak paling popular dan viral di Malaysia, termasuk
pemenang anugerah nasi lemak, Village Park Nasi Lemak, Akka Nasi Lemak, Pak Naser
Nasi Lemak, Chef Fauzey, dan Nasi Lemak Vegetarian Ru Yi dan lain-lain lagi.
Bagi membolehkan rakyat Malaysia mencuba sebanyak mungkin nasi lemak semasa
tempoh acara, menu Rahmah akan dijual pada harga antara RM1 hingga RM5.
Persembahan menarik lain dalam acara ini termasuk Sambal Smackdown dan Pertunjukan
Fesyen Pakaian Tradisional Kanak-Kanak akan diadakan.
Selaras dengan acara ini, i-City juga akan membenarkan pengunjung masuk secara
PERCUMA tanpa had ke Waterworld@i-City bermula pukul 12 tengahari. Taman tema air ini
terletak betul-betul bersebelahan dengan tapak acara. Pengunjung perlu datang bersedia
dengan pakaian renang mereka.
Pas percuma ini diberikan sempena program tanggungjawab sosial korporat One Shah
Alam, One Destination yang dilaksanakan oleh Central i-City Mall, DoubleTree by Hilton
i-City, i-City and Mercu Maybank.
Program tersebut berpaksikan konsep kesatuan (Oneness) dan rakan kerjasama program
tersebut berhasrat untuk mewujudkan satu platform yang saksama bagi setiap individu,
komuniti dan perniagaan di Shah Alam agar rakyat Malaysia akan terus maju dan
melestarikan keamanan dan keharmonian negara, selaras dengan konsep Malaysia Madani.