26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Kata ‘Cheese!’ Di BASK – Sedapnya Burnt Cheesecake Luar Biasa!

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Nak port yang elegant dan aesthetically pleasing untuk korang chill tapi tak pasti kat mana? If so, Min ada satu cafe yang pasti akan jadi favourite korang once korang dah cuba menu yang ada kat sini. Cafe ni bernama BASK. yang terletak di APW (A Place Where), Bangsar. Tapi Min, apa yang special pasal BASK. ni? Ha, kalau korang nak tahu, cafe ni ada menyediakan burnt cheesecake yang sedap tau.

    Macam Min cakap tadi, BASK. ni ada interior design yang elegant and dia ada aesthetic yang tersendiri, sesuai untuk customer yang suka tangkap gambar, photogenic ataupun kaki Instagram. Memang berbaloi kalau korang penuhkan storage phone dengan bergambar kat BASK. Suasana kat cafe ni juga tenang jadi boleh ada moment untuk bersendirian, bak kata orang – ‘me time’.

    Menu BASK.

    1. Basque Cheesecake (Dine In – RM21, Takeaway – RM23, 5 Inches – RM100, 8 Inches – RM230)
    Basque Cheesecake

    Kalau korang suka cheesecake yang extra creamy, Min memang recommend untuk order Basque Cheesecake sebab texture dia silky smooth, susah nak cari cheesecake macam ni.

    2. YURI Matcha Cheesecake (Dine In – RM22, Takeaway – RM24, 5 Inches – RM120, 8 Inches – RM250)

    YURI Matcha Cheesecake

    Matcha lovers assemble! Untuk customer yang minat matcha boleh try YURI Matcha Cheesecake sebab why not? Kita ada air matcha dan chocolate perisa matcha so apa salahnya tambah koleksi makanan perisa matcha korang dengan matcha cheesecake yang sedap ni. Confirm akan puas hati.

    MENARIK:  Makanan Barat Klasik yang Vintage dan Memuaskan Tekak dengan Pastinya!

    3. Chocolate Cheesecake (Dine In – RM26, 5 Inches – RM120)

    Gabungan chocolate dan cheese tak pernah salah dan Chocolate Cheesecake dari BASK. telah buktikan yang mix tersebut boleh dinaik taraf lagi dengan sentuhan mereka yang tersendiri.

    BASK. juga menyediakan Japanese Tea dan juga coffee serta non-coffee beverage untuk para customer pilih untuk minum sambil makan burnt cheesecake mereka. Cafe ni tak menyediakan menu makan berat seperti makanan Barat dan lain-lain tetapi mereka menebus ketiadaan menu sebegitu dengan burnt cheesecake mereka yang sedap dan berkualiti tinggi juga tiada tandingan. Min semestinya recommend untuk korang cuba BASK sebab akan berbaloi duit dan masa yang korang gunakan semasa berada ni cafe ni.

    Location & Info

    BASK.

    📍BASK Malaysia, APW, 29, Jalan Riong, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

    🗺️ Google Maps: BASK.

    ⏰Waktu Operasi: 9.00 am – 9.00 pm (SELASA – JUMAAT) , 11.30 am – 9.30 pm (SABTU & AHAD) (ISNIN TUTUP)

    📲Phone: 012-6782360

    📲Instagram: BASK.



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.