Nasi kandar dan restoran mamak berpisah tiada. Min kalau nak cerita panjang-panjang berkaitan latar belakang nasi kandar ni takut kelamaan pulak, jadi yang mana nak tahu asal-usul nasi kandar ni boleh klik di sini.
Elemen penting dalam nasi kandar:
Psst, nasi tak termasuk ya, nasi tu asas nasi kandar jadi kita skip bahagian nasi.
Ayam Goreng
Betul, kalau dah order nasi kandar, ayam goreng tak boleh tak ada. Selain ayam goreng, korang juga boleh pilih variasi ayam yang lain seperti ayam bawang, ayam madu, dan banyak lagi.
Sambal Sotong
Min rasa la sotong ni penting dalam nasi kandar, korang jangan ambil sotong yang dipotong, korang ambil sotong yang macam dalam gambar, rasa lautnya, dengan liat-liat sotong dikombinasikan dengan ayam, meletop min cakap. Sama juga macam ayam sotong pun ada variasi dia jugak seperti sambal sotong, sotong masak kicap dan banyak lagi tetapi min prefer sambal sotong la rasa pedas-pedas macam tu.
Kacang Bendi
Dah ambil sumber nutrisi makro yang lain, macam protein daripada ayam dengan sotong, karbohidrat dari nasi, tambah la sayur untuk zat besi dan magnesium dalam badan. Baru sempurna makro makanan, selain kacang bendi korang boleh la pilih sama ada perila goreng ataupun sawi. Kenapa min pilih kacang bendi? Ha sebab selalunya kacang bendi ni selain direbus, selalunya diletakkan dalam kari. Jadi, alang-alang minta kuah minta la kacang bendi ni sekali.
Kuah Campur
Elemen seterusnya adalah kuah campur. Min prefer lebihkan kuah kari dan sambal, baru lah nikmat masa makan. Macam min bila tak on diet min akan minta kuah banjir baru meleleh makan.
Papadom
Ni terpulang la, papadom ni sebagai penambah bunyi dalam makanan ja selain rasanya yang lebih baik dijadikan kudapan. Bunyi kriuk-kriuk papadom ni lagi menambah selera. Min kalau sebungkus papadom tak cukup mesti minta lebih. Maklumlah tak cukup.
Itulah 5 elemen untuk korang, yang mana masih tak tahu nak order apa. Ha min dah guide tu, tinggal order di mamak je. Kalau pemilihan mamak pulak, min rasa semua ada rasa dan identiti yang berbeza jadi kalau korang nak perbandingan min boleh sertakan link untuk korang.
Link Review Restoran Mamak:
Jadi korang kalau masih buntu boleh la tengok link yang min bagi. Semoga jumpa restoran mamak kegemaran korang.
Artikel Daripada Jabarullah