25.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 9, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Video: Joey Daud Menceritakan Detik Pertama Kali ‘Dating’ Berdua Dengan Watie – ‘Saya Yang Mengajak Keluar, Tetapi Dia Berlagak & Menjual Mahal’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Pelakon dan pelawak, Joey Daud berkongsi momen dirinya sewaktu pertama kali keluar berdua bersama isterinya, Watie Sadali menerusi satu sesi temu bual bersama penyampai radio Molek FM iaitu DJ Nazz dan Qila.

    Joey ajak keluar makan

    @molekfm Baru tahu gano abe Joey ngorat kak Watie kito ? Ala biasa la bang @Mr Jowa ore tino ni awal awal keno lah jual mahal ? narak nok mudoh mudoh kei Watie ? #MolekFM #MolekPagi #djnazzqila #PantaiTimur #GuPantaiTimur ? original sound – Molek FM

    Menerusi perkongsian tersebut, Joey mendedahkan dirinya yang mula mengajak Watie untuk keluar makan sewaktu mereka menjalani sesi penggambaran bersama pada ketika itu.

    Mulanya, saya yang mengurat Watie, waktu itu kebetulan kami ada ‘shooting’ bersama.

    Bila nak gerak balik (shooting), saya buat-buat tanya, ‘Nak balik ke? Nak makan? Jomlah makan’.

    Saya ‘direct’ begitu ja.

    Tambah Joey, dia sudah mula merasakan ada sesuatu yang istimewa antara mereka sepanjang berbual Watie.

    Bagaimanapun, Joey memaklumkan mempunyai perasaan ragu-ragu kerana Watie menunjukkan sikap ‘jual mahal’ kepadanya.

    Bila pergi makan itu, borak punya borak dalam hati macam, ‘Eh syok lah dia ini’.

    Perbualan itu macam best tau, bila lama-lama saya rasa macam lain. Tapi dia ‘kerek’, jual mahal dengan saya.

    Jadi saya ada macam ragu-ragu sebab dia waktu itu macam ‘jinak-jinak merpati’ sebab macam saya cakap, dia ‘kerek’.

    Susah nak bergaduh

    Sementara itu, pelakon berusia 50 tahun berkongsi bahawa dia dan Watie jarang bergaduh sejak mendirikan rumah tangga.

    MENARIK:  [VIDEO] Satria Mahathir Bangga Pernah Tidur Dengan 28 Wanita Walaupun Curang Dengan Bekas Isteri Sebanyak 3 Kali

    Menurut Joey, dia merupakan seorang individu yang tidak suka gaduh berpanjangan dengan pasangannya.

    Watie ini tak garang pun, saya dengan dia nak bergaduh pun susah tau.

    Kadang-kadang kita sampai berbincang, ‘Jom lah gaduh. Kita ‘create’ nak gaduh apa’.

    Kalau gaduh pun macam kelakar sebab bila gaduh ja kita akan gelak.

    Saya pula jenis tak suka sesuatu itu jadi panjang, bila gaduh ja saya akan cari jalan nak selesaikan cepat.

    Sekadar info, Joey dan Watie mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 lalu.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.