Hai korang, hari ini min nak share dengan korang satu port makan menarik yang korang wajib cuba jika pergi ke Taman Melawati, Kuala Lumpur. B.A.D Cafe merupakan sebuah cafe yang memiliki pelbagai jenis hidangan yang menarik dan pasti dapat memenuhi craving korang. Tak percaya? Korang kena baca sampai habis!
Ingin mencari tempat makan menarik di sekitar Kuala Lumpur? Anda boleh tekan di sini.
Menu
Fish & Chips
Antara menu yang menarik di B.A.D Cafe ini ialah fish & chips. Ketulan ikan yang dihidangkan bersama kentang dan sos tartar yang sedap pasti dapat memikat selera pelanggan. Min memang cadangkan dekat peminat fish & chips untuk cuba makan di sini.
Alabama Chicken
Korang teringin nak makan ayam tapi bosan dengan menu yang sama? Min nak recommend dekat korang salah satu menu menarik yang korang boleh cuba di B.A.D Cafe. Alabama Chicken merupakan menu yang menarik dan sedap untuk korang cuba. Gabungan sos-sos pada ayam tersebut pasti akan buat korang terangkat, fuhhh.
Moroccan Pizza
Tak best la kan kalau pergi B.A.D Cafe tapi tak cuba signature menu mereka. Ha, ni min nak bagitahu korang untuk cuba signature pizza di sini. Moroccan Pizza merupakan menu signature yang wajib korang cuba. Gabungan bahan-bahan yang diletakkan sebagai topping pizza ini serius min kata, sedap sangat!
Korang mesti teringin kan? Jadi tunggu apa lagi? Jomlah pergi ke B.A.D Cafe sekarang! Mereka memiliki pelbagai jenis menu yang lain juga tau! Dijamin sedap dan memuaskan.
Korang mencari cafe yang menarik? Tekan disini.
Lokasi