Resipi TOMYAM THAI (Beautified and Original Content)
Bahan-bahan:
1. Mula-mula sediakan hirisan sayur seperti di bawah:
- Sedikit bunga kubis
- Sedikit kubis
- 5 biji cendawan shitake
- 1 biji tomato
- 2 batang seledri
- 1/4 batang carrot
- Sebatang daun ketumbar
Bahan tumis:
- 1/2 bawang holland
- 3 ulas bawang putih
- 2 hiris lengkuas
- 3 helai daun limau purut
- Sehiris halia
- 1 batang serai
- 3 tangkai cili padi
- Paste tomyam
Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak.
Masukkan bahan tumis tadi. Tumis sehingga naik bau.
2. Selepas memasukkan potongan kecil ayam yang bertulang biarkan seketika. Barulah masukkan dua sudu besar pes tomyam.
3. Guna api perlahan sahaja.
4. Seterusnya masukkan dua cawan air.
5. Biarkan kuah mendidih.
6. Bolehlah masukkan sayur yang keras terlebih dahulu iaitu kubis dan bunga kubis.
7. Untuk sebatikan rasa kuah, sebiji tomato dimasukkan sekali serta akar ketumbar yang dicuci bersih.
8. Untuk rasa kuah menjadi 'kowww' masukkan sos cili 1/2 senduk kecil.
9. Perasakan dengan 1/2 sudu kecil gula. Cikgu suka ada gabungan rasa masam manis dan masin yang cukup. Jika tak suka rasa manis tak perlu letak okay.
10. Secubit dua garam dimasukkan. Hati-hati kerana pes tomyam sudah tersedia masin.
11. Selepas kuah mendidih beberapa kali, masukkan 1/2 senduk susu cair. Biarkan semua sebati dalam api perlahan.
12. Nak dekat waktu berbuka, barulah cikgu masukkan sayur yang mudah melembut iaitu batang seledri, cendawan shitake, dan carrot.
13. Tunggu seminit dua sebelum ditutup apinya.
14. Sendukkan dalam mangkuk dan barulah picit asam limau serta taburkan daun ketumbar.
: Afy Al Habibi
For more delicious recipes, visit our website at [https://shopee.khairulamingfc.com](https://shopee.khairulamingfc.com){:target="_blank"}.
FREE SHIPPING 🚚 https://shopee.khairulamingfc.com/PERCUMA