Tart Nenas Rosalinda
oleh Kak Wan
Bahan-bahan
250gm mentega
40 gm gula kaster
1 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanilla
370 gm tepung gandum
30 gm tepung jagung
Jem Nenas - Siap guna boleh di beli di pasaraya - gentel bulat
Cara-cara :
1. Satukan mentega, susu pekat dan gula, pukul hingga berkrim. Masukkan kuning telur dan esen vanila, gaul hingga sebati.
2. Masukkan tepung yang diayak. uli hingga adunan tidak melekat di jari.
3. Canai antara 2 keping plastik dan terap menggunakan acuan yang di sukai. Letak jem nenas di tengahnya.
4. Bakar dalam oven di rak tengah pada suhu 160'C selama 15-20 minit. Keluarkan dari oven. Sejukkan dahulu.
5. Untuk menghias, picit royal aising putih di atas jem, 4 jalur melintang dan 4 menegak. Picit 2 dot di tepi dan letakkan bunga gumpaste kecil, picit royal aising hijau untuk daun.
Royal Aising
1 biji putih telur
1 cawan gula aising - ayak
1 sudu teh jus lemon
pewarna hijau
Nozzle daun dan piping bag
Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula aising dan jus lemon, putar hingga sebati dan kental.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu bahagian masukkan pewarna hijau untuk daun. Jika agak likat, masukkan beberapa titis air hingga boleh di picit dengan nozzle.
Tart Nenas Rosalinda