Resipi KUIH TALAM LAYER SAGO
Bahan-bahan untuk lapisan bawah sago:
- 2 cawan santan cair
- 1 cawan sago - dicuci dan rendam sebentar
- 1/2 - 1 cawan gula pasir
- Sedikit garam
- Pewarna merah secukupnya
Cara membuatnya:
1. Sapukan acuan dengan minyak terlebih dahulu.
2. Gaulkan semua bahan hingga sebati.
3. Masak dalam periuk dengan mengacau hingga sago pekat menggunakan api perlahan.
4. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
5. Setelah itu, cedokkan adunan ke dalam acuan lompang yang telah disapu dengan minyak.
6. Kukus selama 20 minit atau sehingga biji-biji putih di dalam sago hilang.
7. Cakar permukaan lapisan bawah dengan garfu.
8. Letakkan adunan lapisan atas di atasnya.
9. Nota saya♡ Saya masak bahan sago dalam periuk sehingga pekat selama 15 minit menggunakan api sederhana.
10. Sentiasa kacau adunan supaya rata dan masukkan ke dalam acuan kecil selepas itu.
11. Kukus selama 15 minit. Angkat dan tuangkan adunan untuk lapisan atas, kemudian kukus semula selama 15 minit.
Bahan-bahan untuk lapisan atas:
- 3 cawan santan pekat
- 1 cawan tepung beras
- 2 sudu besar tepung jagung
Cara membuatnya:
1. Gaul semua bahan supaya rata.
2. Tapiskan ke dalam kuali tak lekat dan kacau sebentar atas api.
3. Apabila pekat, tutup api dan tuangkan ke atas lapisan bawah tadi.
4. Kukus lagi selama 20 minit.
Tip: Sila lapik penutup pengukus dengan kain untuk mendapatkan kuih talam yang cantik.
Nur Idayu
For more delicious Malaysian recipes, visit our online store at https://shopee.khairulamingfc.com. Happy cooking!
FREE SHIPPING 🚚 https://shopee.khairulamingfc.com/PERCUMA