26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    SUP TULANG KAMBING MASAK MERAH

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    SUP TULANG KAMBING MASAK MERAH

    oleh Kak Wan

    BAHAN-BAHAN:
    1 kg Tulang Kambing (Bone Marrow)
    1 kg daging
    1 liter Air
    1 uncang Sup Bunjut
    1/2 inci Halia, di ketuk
    2 batang Serai, di ketuk
    1/4 cawan Cili Kisar
    2 sudu besar bancuhan Tepung Jagung
    3 sudu besar Sos Cili
    1 tin kecil Tomato Puree
    3 sudu besar Sos Tiram
    Rempah 4 sekawan (Pelaga, Cengkih, Bunga Lawang dan Kayu Manis)
    1 batang Carrot, potong kasar
    2 biji Ubi Kentang, potong kasar
    1 tin kecil Kacang Peas
    Garam dan serbuk Perasa secukupnya.
    Minyak untuk menumis

    BAHAN KISAR:
    3 labu Bawang Merah
    5 ulas Bawang Putih
    1/2 inci Halia

    REMPAH KISAR: (Sangai)
    1 sudu kecil Ketumbar
    1 sudu kecil Jintan Manis
    1 sudu kecil Lada Hitam

    PENYEDIAAN:

    1. Rebus tulang dan daging bersama uncang Sup, halia dan serai hingga empuk. Ketepikan.
    2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan rempah kisar hingga pecah minyak.
    3. Masukkan rempah 4 sekawan, tomato puree dan cili kisar.
    4. Gaul rata, masukkan sos tiram dan sos cili.
    5. Masak hingga betul2 pecah minyak.
    6. Masukkan sedikit air rebusan, kentang dan carrot.
    7. Masak hingga empuk dan masukkan baki air rebusan, daging dan tulang gearbox.
    8. Bila mendidih, masukkan tepung jagung. garam dan perasa secukupnya.
    9. Akhir sekali, masukkan kacang peas, gaul rata.Boleh di makan bersama Roti atau Nasi
    MENARIK:  Puding Pai Apple Delima

    SUP TULANG KAMBING MASAK MERAH

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.