- Advertisement -
Bahan-bahan
1/2 biji labu, potong saiz sederhana
1 1/2 cawan air
400 ml santan kotak
2 sudu besar sagu mata ikan, cuci dan toskan
1/2 ketul gula melaka, racik halus atau gula perang
2 sudu besar gula pasir atau lebih ikut kemanisan
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan, di simpul
Penyediaan :
- Kukus labu dengan api besar selama 10 minit hingga masak.
- Dalam periuk, satukan air, daun pandan, gula melaka dan gula. Masak hingga mendidih.
- Masukkan santan dan biar mendidih sebentar.
- Masukkan sagu, biar seketika sehingga sagu menjadi jernih.
- Akhir sekali masukkan labu kukus dan sedikit garam.
- Biarkan mendidih sebentar. Angkat dan hidangkan.
Pengat Labu
KEMPEN IKLAN