30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 14, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    YAKISOBA PAN PITA

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Bagi yang pernah mengunjungi Jepun, Yakisoba pan tidak asing lagi kerana ia adalah sarapan istimewa yang di gemari di Jepun.  Ia boleh didapati di jalanan, di banyak kedai runcit dan pasar raya di seluruh Jepun.  Biasanya dinikmati sebagai snek berkhasiat atau sarapan pagi yang cepat.

    Yakisoba Pan ialah gabungan luar biasa Mi Soba Jepun yang di tumis dan di isi dalam roti bujur (Hotdog Bun). Mi diadun dengan pelbagai sayur-sayuran dan disiram dengan sos pekat, dan gabungan itu kemudiannya disumbat ke dalam Bun Hotdog.  Ramuan dilengkapi dengan mayonis, jeruk halia, dan rumpai laut kering atau Nori.  

    Kali ini Yakisoba di isi dalam MISSION PITA, gabungan Mi Soba di sumbat dalam roti pita Mission Malaysia menghasilkan hidangan yang unik dan luarbiasa.

    YAKISOBA PAN PITA

    oleh Kak Wan

    BAHAN-BAHAN:

    1 Bungkus MISSION PITA WHOLEMEAL

    2 batang Sosej, hiris nipis

    1 cawan Sayur campuran  (kubis, taugeh, lobak merah, lada hijau dll)

    1 sudu makan Minyak Masak 

    1/4 sudu kecil Garam 

    1/2 sudu kecil serbuk Lada Putih 

    1 paket Mi Soba Jepun, potong pendek

    2 sudu besar Sos Tonkatsu 

    1 sudu kecil Kicap cair

    2 sudu makan Mentega

    2 sudu makan Mayonis

    1 keping Nori, hiris halus

    PENYEDIAAN:

    1. Celur Mi Soba hingga lembut dan toskan.
    2. Panaskan minyak, tumis sayur campuran hingga layu.
    3. Masukkan sosej dan perasakan dengan garam dan lada sulah.
    4. Masukkan mi Soba, sos Tonkatsu dan kicap.  Gaul rata dan angkat
    5. Microwave Roti Pita selama 40 saat.
    6. Belah dua, buka poketnya dan sapukan sedikit mentega dan mayonis di dalamnya.
    7. Isikan Mi Soba hingga penuh, letak jeruk halia dan tabur hirisan Nori.
    8. Sedia di nikmati.
    MENARIK:  Pau Cendawan

    JERUK HALIA:

    2 ketul Halia Muda, hiris nipis

    2 sudu makan Gula

    2 sudu kecil Garam

    1/4 cawan Cuka

    1/4 cawan Air

    1/4 sudu teh pewarna merah jika suka

    PENYEDIAAN:

    Rendam hirisan halia dan pewarna merah selama 15 minit.

    Celur di dalam air mendidih selama 5 minit dan toskan.

    Masak air, cuka, gula dan garam hingga mendidih.

    Sejukkan terlebih dahulu.

    Masukkan halia ke dalam botol kaca dan tuang air cuka.
    Pelengkap Yakisoba.

    YAKISOBA PAN PITA

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.