25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, November 15, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Pau Rose / Rose Mantou

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Pau Rose / Rose Mantou
    oleh Kak Wan

    Bahan Starter (Tangzhong)
    50 gm tepung gandum
    260 ml air

    Penyediaan :

    1. Larutkan tepung dan air hingga sebati.
    2. Kacau di atas api kecil hingga pekat, licin dan berkilat.
    3. Masuk ke dalam bekas atau mangkuk.
    4. Tutup dengan plastik wrap hingga mengena permukaan Tangzhong.
    5. Simpan dalam peti sejuk semalaman.

    Bahan Doh
    600 gm tepung gandum
    30 gm gula halus
    3 gm yis segera
    160 ml susu cair
    1/4 sudu teh garam
    10 ml minyak sayur

    Pewarna yang di sukai
    Daun pisang / kertas minyak untuk melapik

    Penyediaan :

    1. Satukan tepung, yis, gula dan garam.
    2. Satukan susu dan minyak. Tuang sedikit2 ke dalam tepung dan gaul rata.
    3. Masukkan semua Tangzhong dan uli hingga menjadi segumpal doh.
    4. Bahagikan doh dan beri pewarna yang di sukai.
    5. Bahagikan doh kepada 18gm setiap satu.
    6. Tutup doh dengan plastik wrap dan simpan dalam peti sejuk.
    MENARIK:  Biskut Tutku Koko Pandan

    Membentuk Kelopak Rose

    1. Canai bulat setiap doh, sebesar telapak tangan. tipiskan bahagian tepiya.
    2. Susun mendatar bertindih 5 kepingan doh.
    3. Dari tepi, gulung ringan hingga ke hujung menjadi log.
    4. Potong di bahagian tengah (hasilkan 2 buah rose)
    5. Letak pau di atas daun pisang, tekan di bahagian bawahnya supaya tidak jatuh.
    6. Buka kelopak rose menggunakan hujung jari hingga kembang.
    7. Panaskan air dalam pengukus hingga mengelegak.
    8. Kukus dengan api kecil selama 20 minit.

    NOTA :
    Membentuk kelopak rose mengambil masa, keluarkan doh sedikit2 untuk di bentuk.
    Selebihnya simpan dahulu dalam peti sejuk supaya ia tidak terlalu kembang.

    Sentiasa tutup Doh dengan kain atau simpan dalam bag plastik supaya tidak kering.

    Doh yang belum di guna, simpan dahulu dalam peti sejuk sebelum di gunakan.

    Pau Rose / Rose Mantou

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.