Bahan-bahan
2 cawan taugeh - cuci dan toskan
5-6 batang kacang panjang - di potong kecil
1 biji bawang besar - dimayang nipis
2-3 biji limau nipis atau limau kasturi ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan kelapa parut
Bahan di tumbuk lumat
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci belacan - dibakar
2 biji cili merah atau cili padi - boleh tambah lagi kalau suka pedas
Segenggam udang kering - rendam sekejap
Cara-cara :
1. Masukkan taugeh, kacang panjang dan hirisan bawang ke dalam bekas. Ketepikan.
2. Masukkan kelapa parut putih ke dalam kuali bersama bahan tumbuk, gaul rata dan sangai hingga hampir kering anggaran 10-15 minit .
3. Tutup api dan biarkan sejuk.
4. Gaulkan kelapa tadi bersama taugeh, kacang panjang dan bawang besar kemudian masukkan perahan jus limau, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kerabu Taugeh