- Advertisement -
Nasi Goreng Pattaya
oleh Kak WanBahan-bahan
2 cawan nasi putih sejuk
1 cawan isi ayam dan udang - di cincang
1 biji telur - pukul ringan
3 sudu besar sayur campur
3 tangkai cili padi - ketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil kicap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
Garam dan kiub ayam secukup rasa
Kisar / Tumbuk Halus
1/2 labu bawang besarÂ
3 ulas bawang putih
Telur Dadar : 2 biji telur + sedikit garam (pukul ringan)
Cara Membuatnya :
- Panaskan minyak. Tumis bawang yang diblend hingga naik bau.
- Masukkan isi ayam dan udang, kacau hingga masak.
- Tuang telur, kacau hingga masak.
- Masukkan sos tiram, sedikit kiub ayam, kicap, sos cili, garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan sayur campur dan cili padi, kemudian masukkan nasi. Â Gaul rata.
- Taburkan serbuk lada hitam dan kacau hingga sebati. Goreng sehingga masak, kemudian angkat.
Cara membungkus nasi dengan telur :
- Satukan telur dan sedikit garam. Pukul sehingga sebati.Â
- Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar minyak. Â Ratakan minyak hingga keseluruh permukaan kuali.
- Bila minyak betul-betul panas, masukkan/tuangkan telur secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Â Bila telur bahagian atas hampir kering, tutup api dan masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.
- Lipat setiap penjuru telur berbentuk segiempat.
- Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.
Nasi Goreng Pattaya
KEMPEN IKLAN