Bahan-bahan
200gm coklat susu compound
50gm coklat putih atau yang berwarna - cairkan secara double boil
50gm campuran kekacang - di panggang dahulu
Acuan biskut plastik (K1 guna acuan biskut saiz 5in)
Cara :
1. Cairkan coklat masakan seperti langkah di SINI
2. Untuk frame coklat, pipekan keliling tepi acuan biskut dengan coklat putih / coklat berwarna. Biarkan keras dulu. Kemudian pipekan coklat susu, jangan tebal sangat. Biarkan keras dan keluarkan dari acuan.
3. Frame bole di hias dengan pelbagai cara, sama menulis ucapan menggunakan coklat yang di pipe terus di atasnya atau dengan membuat huruf atau nombor dari acuan terlebih dahulu. Kemudian lekatkan dengan coklat.
4. Untuk bahagian dalamnya, gunakan acuan tadi, pipekan coklat masakan susu mengikut ketebalan yang di kehendaki, tabur dengan pelbagai kekacang yang telah di panggang. Biarkan keras dahulu.
5. Untuk menghias, masukkan frame tadi ke dalam kotak acuan yang berisi coklat kekacang. Tutup dengan penutupnya yang telah telah di ikat reben.
6. Sudah sedia bingkisan dan ucapan yang enak dari anda untuk yang tersayang.. 😀 selamat mencuba
Coklat Kad Ucapan