- Advertisement -
Bahan-bahan
500gm beras pulut
1/2 sudu teh garam
350ml santan sederhana pekat
2 helai daun pandan
Daun pisang di potong 4 x 6 (di layur api dahulu)
Inti
1/2 biji kelapa parut putih
1/2 cawan gula melaka
1 sudu besar gula kasar
2 - 3 sudu air
Satukan bahan inti dan masak di atas non-stick pan sehingga agak kering, bila hampir kering, tabur dengan tepung pulut atau tepung gandum memekat inti. Hidangkan bersama pulut.
Cara-cara :
- Rendam pulut selama 2 jam, toskan. Kukus dengan daun pandan selama 25 minit atau setengah masak.
- Angkat dan masukkan ke dalam bekas. Gaulkan bersama santan dan garam.
- Kemudian kukus semula selama 20 minit sehingga masak.
- Angkat dan masukkan ke dalam daun pisang. Letakkan inti kelapa di atasnya dan lipat daun mengikut bentuk yang di sukai.
Pulut Inti
KEMPEN IKLAN