24.5 C
Kuala Lumpur
Monday, July 8, 2024
KEMPEN IKLANShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Chocolate Strawberry Cheese Cake

    Shopee CNY Sale


    Chocolate Strawberry Cheese Cake
    oleh Kak Wan

    Bahan Kek
    250gm chocolate sponge mix
    185gm telur (tanpa kulit)
    50ml air
    75gm mentega cair / minyak sayur
    1 sudu teh esen vanila
    2 sudu teh chocolate emulco

    Satukan semua bahan kek kecuali mentega cair.  Putar dengan kelajuan tinggi selama 5-6 minit hingga kembang.  Masukkan mentega cair dan putar perlahan dan sebati.  Tuang ke dalam loyang 8x8x3 in yang di alas kertas minyak.  Bakar selama 30-35 minit pada suhu 180C.  Sejukkan di atas redai dan potong kepada 2 lapisan setebal 3cm dan bersaiz 6x6in

    Adunan Keju

    250gm cream cheese - suhu bilik
    60gm gula kaster
    1 sudu besar lemon jus
    140ml yogurt (1 pack kecil)
    150ml UHT whipping cream
    1 1/2 sudu besar gelatin halal (cap kijang, bunga raya, nona)
    50ml air
    15 biji strawberry segar - potong dadu

    Hiasan :  Chocolate Ganache, serpihan coklat dan Strawberry

    Loyang 6" Loose Base Tin

    Cara-cara :

    1. Letak sekeping kek di dasar loyang.  Ketepikan.
    2. Putar whipping cream hingga pekat.  Simpan sebentar di dalam peti sejuk.
    3. Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur gelatin, biar sehingga gelatin kembang.
    4. Masukkan ke dalam microwave beberapa saat atau secara double boil hingga gelatin cair.  Ketepikan.
    5. Pukul cream cheese dan gula hingga sebati..  Masukan jus lemon dan yogurt, putar hingga bergaul rata.
    6. Masukkan gelatin cair, gaul rata dan akhir sekali masukkan whipping cream, kaup balik hingga sebati.
    7. Masukkan kiub strawberry dan kaup balik perlahan-lahan.  Tuang ke atas lapisan kek, ratakan. Selepas itu letak sekeping kek chocolate di atasnya.
    8. Tuang coklat ganache di atasnya.  Tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
    9. Susun hirisan strawberry dan serpihan coklat sebagai hiasan.
    10. Keluarkan dari loyang dan potong menggunakan pisau yang di panaskan dengan api atau air mendidih, lap dan potong.
    MENARIK:  Udang Panggang Garlic Butter


    Coklat Ganache
    50ml dairy whipping cream
    100gm coklat masakan hitam - cincang halus

    Panaskan whipping cream di dalam microwave beberapa saat.   Tuang ke atas coklat, gaul sehingga coklat mencair.  Tuang ke atas lapisan kek.

    Chocolate Strawberry Cheese Cake

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANShopee SaleShopee Sale

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.