31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Cake Pop / Pop Kek

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale


    Cake Pop
    Iklan Entri

    Untuk maklumat lanjut mengenai peralatan kek dan biskut, Resipi dan petua masakan yang praktikal, lawati facebook Dapur Jasmin di

    Di sini, Dapur Jasmin berkongsi Resipi Cake Pop yang amat popular di negara Barat, ia di sediakan utnuk majlis perkahwinan, party harijadi dan sebagainya. Cake Pop bukan sahaja sedap bersalut coklat dengan aneka hiasan dari coklat rice, manik hundred thousand yang berwarni warni yang di hias begitu comel dan menarik, memeriahkan suasana hidangan, tetamu pasti tertawan.  Pengunjung Resipicitarasawan silakan mencuba Resipi yang senang tapi menarik ini. 🙂

    *---------------------------------------------------------------------------------------------*

    Nak buat Cake Pop, senang je. Cuma perlu 5 langkah.

    1. Bakar Kek Cake Pop seperti arahan di bawah.
    2. Campur cream cheese dan bentuk kek yang diramas menjadi bulat.
    3. Simpan dalam peti 6 jam.
    4. Bulatkan. Cucuk batang lollipop dan celup coklat.
    5. Hiaskan ikut citarasa.


    Bahan-Bahan boleh di dapati di Dapur Jasmin
    Bahan Lain-lain

  • Batang Lollipop
  • Coklat Masakan
  • Hiasan Manik
  • Piping Bag
  • Cara-cara
    Cara menyediakan cake untuk Cake Pop
    1. Putar ‘Cake Pop Mix’ bersama butter selama 8-10 minit.
    2. Masukkan telur satu per satu. Putar sebati.
    3. Jika minat cake pop warna-warni, anda boleh warnakan adunan dalam mangkuk berlainan.

    4. Tuangkan adunan ke dalam dulang 8”x8” yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 175C.
    5. Setkan timer untuk 40 minit.
    6. Gunakan Cake Tester untuk memastikan kek betul-betul masak. Jika tiada terlekat apa-apa bila dikeluarkan, itu bermaksud kek sudah masak elok.7. Bila kek sudah sejuk, ramaskan sahaja.
    Cara Menyediakan Cheese Frosting

    MENARIK:  Puding Sagu Avocado

    1. Putar cream cheese bersama gula icing yang telah diayakkan. Gunakan hand sifter untuk menjimatkan masa.


    2. Gaulkan cheese frosting bersama kek yang siap diramas.
    3. Bentukkan kek yang telah diramas menjadi bulat. Padatkan.
    4. Simpan peti sejuk untuk 6 jam.
    5. Cucuk lollipop stick yang dicelup sikit coklat cair ke tengah tengah cake bentuk bulat tu (Coklat tu akan tolong kekalkan shape cake pop)
    6. Salut kek dengan coklat cair. Hias ikut citarasa
    7. Cucuk atas sekeping styrofoam dan biar kering.
    Cake Pop yang sempoi-sempoi dah siap! Enjoy!!

    Kalau ada siapa-siapa yang berminat dan perlukan peralatan buat kek, biskut dan sebagainya, Kak Wan syorkan mengunjungi facebook Dapur Jasmin. Kalau ada apa-apa permintaan atau special order, Jasmin juga boleh tolong carikan. 

    Selama mencuba dari,
    Dapur Jasmin
    (Pembekal Peralatan Bakeri)
    Untuk maklumat selanjutnya.
    Sila LIKE

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.