26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Biskut Peanut Butter atau Biskut Mentega Kacang.

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Biskut Peanut Butter atau Biskut Mentega Kacang
    Biskut dulu-dulu. Sedap sangat. Doh 17gm dapat 60 biji.

    Bahan-bahan

    • 3/4 cawan butter
    • 2 sudu besar shortening (membukit)
    • 3/4 cawan gula kastor
    • 1 biji kuning telur
    • 1 tsp esen vanila
    • 3/4 cawan peanut butter
    • 1 1/2 cawan tepung jagung
    • 2 1/2 cawan tepung gandum
    • 1 tsp baking powder

    Kismis hitam untuk hiasan

    Tips: Gunakan cawan sukatan metrik untuk dapatkan hasil yang tepat.

    Cara-cara penyediaan biskut raya biskut peanut butter:

    1. Butter, shortening, gula kastor kacau sampai kembang guna senduk kayu. (sumber). Masukkan kuning telur, kacau lagi dan masukkan essence vanilla. Bila semua sebati barulah masukkan peanut butter dan teruskan kacau sehingga rata adunannya.
    2. Ayak tepung jagung dan gandum beserta baking powder terlebih dahulu. Barulah dimasukkan ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit hingga membentuk doh. Jika lembik, tambahkan sedikit tepung gandum hingga doh tidak melekat di tangan. Timbang 17gm doh.
    3. Sapu gris mentega pada bekas acuan dan letakkan kismis hitam pada tengah-tengah acuan. Barulah dimasukkan doh yang digentel bulat. Tekan sehingga padat dan ratakan acuan biar sama paras.
    4. Panaskan oven 10 minit barulah biskut peanut butter ini dibakar pada suhu 170C - 180C ikut jenis oven anda dalam tempoh 25-30 minit guna api atas bawah.
    5. Bila dah masak dan biarkan sejuk baru dikeluarkan biskut peanut butter dr acuan. Simpan dalam bekas kedap udara.


    FREE SHIPPING 🚚 https://shopee.khairulamingfc.com/PERCUMA

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.