Usahawan dan pempengaruh media sosial, Kieda Crepe, mendedahkan dirinya menghidap jangkitan virus Herpes.
Artikel Berkaitan: Kieda Crepe Buat Ibadah Korban, Kos Cecah RM43,000
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Puji Cara ‘Customer’ Datang Mengadu Kek Pistachio Berkulat – ‘Dia Bayar Untuk Satu Tapi Saya Gantikan Dengan Dua’
Kieda kena virus herpes
Pemilik nama penuh Siti Nur Khalieda Yusra itu berkongsi momen sewaktu mendapatkan rawatan daripada doktor selepas mendapati terdapat perubahan pada bahagian mulutnya.
Bibir saya naik biji-biji. Dia rasa kebas tapi tak pedih.
Dengan nada berseloroh, Kieda turut mengaitkan punca jangkitan yang dialaminya dengan kebersihan alat sulit suaminya, Hilmi Zaki.
Saya terkena virus Herpes. Yang ni penyakit kelamin kan?
Saya rasa telur dia masam. Sebab cium-cium kan?
Menurut Kieda lagi, doktor yang merawatnya menjelaskan bahawa jangkitan yang dialaminya itu adalah permulaan dan sekiranya sistem imun badannya lemah, ia berpotensi untuk berulang dan menjadi lebih kronik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat bersahaja Kieda. Mereka turut mendoakan agar usahawan itu diberi kesembuhan.
Untuk info, virus herpes adalah sejenis virus dari keluarga Herpesviridae yang menyebabkan jangkitan pada kulit, mulut, alat kelamin, dan juga bahagian lain dalam tubuh.
Virus ini boleh kekal dalam tubuh seseorang sepanjang hayat dan boleh menjadi aktif semula dari semasa ke semasa.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Kieda Crepe Dijangkiti Virus Herpes – ‘Bibir Naik Biji & Kebas’ first appeared on OHBULAN!.