Sahabat kepada usahawan Tya Adnan tampil memberi kata-kata semangat ekoran sindiran yang diterima mengenai produk muslimah keluarannya.
Artikel Berkaitan: Netizen Suruh Jangan Post Di Media Sosial Sebab Dah Berniqab, Ini Jawapan Tya Adnan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tya Adnan Reka Pakaian Sukan Muslimah, Netizen Beri Sokongan Penuh – ‘Nak Aktif Tak Semestinya Kena Ketat’
Wanita kuat
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu yang dikenali sebagai Ain itu dilihat menghantar sejambak bunga buat isteri kepada pelakon terkenal, Shukri Yahaya iaitu Tya.
Ujar Ain, dia menyifatkan Tya sebagai wanita penyabar dan lemah lembut.
Perkenalan kita mungkin tidak begitu lama tapi kerana Allah Ain begitu sayangkan Tya.
Tya wanita yang sangat-sangat baik, sabar dan lemah lembut. Pertama kali kita kenal, Ain terkejut sebab Tya sangat rendah diri walaupun terkenal.
Hari pertama Tya meluahkan niat untuk berniqab, Ain gembira sangat. Sebab Ain tahu tidak mudah untuk buat keputusan itu.
Tya isteri seorang pelakon dan Tya sendiri pernah berada dalam dunia itu. Tapi tetap nekad berjihad lawan nafsu demi redha ilahi.
Ujian tuhan

Dalam pada itu, Ain sempat menitipkan pesanan atas segala kejian yang dilontarkan kepada Tya ekoran dirinya yang masih aktif di media sosial walaupun berniqab.
Walau apa pun kejian manusia pada pakaian ini, jangan mengalah tetap lah perjuangkan sehingga nyawa dicabut badan.
Kami juga pernah lalai tentang aurat. Tapi sekali Allah turun kan nikmat itu, tak dapat gambarkan pada insan-insan yang belum merasainya.
Dengan tularnya pakaian ini, Allah sedang menegur dan mengetuk hati-hati kalian tentang kewajipan aurat yang diabaikan.
Pada akhir perkongsian, Ain mendoakan agar tuhan kurniakan nikmat kepada semua umat Islam kepentingan berpakaian menutup aurat.
Sumber: TikTok @aienzahalan
The post [VIDEO] Tya Adnan Terima Sejambak Bunga, Sahabat Bagi Kata-Kata Semangat – ‘Manusia Menghina, Mungkin Allah Sedang Angkat Darjatnya’ first appeared on OHBULAN!.