26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 15, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Tak Sangka Dia Akan Post Gambar Itu’ – Angel Nafi Ada Hubungan Istimewa Dengan Nadhir Nasar

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Anggota kumpulan Dolla, Angel menafikan dakwaan mengatakan dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon, Nadhir Nasar selepas pelakon itu memuat naik gambarnya menerusi Instagram (IG).

    Terkejut ada dalam posting Nadhir

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by ? (@nadhirnasar_)

    Ketika ditemui , Angel atau nama lengkapnya Angelina Chai Ka Ying berkata, hubungan mereka tidak lebih dari sekadar kawan selebriti.

    Tambahnya, dia juga tidak menyangka Nadhir akan memuat naik gambar tersebut memandangkan jurugambar peribadi pelakon itu mengambil foto setiap tetamu yang hadir.

    Saya tak ada (hubungan istimewa dengan Nadhir).

    Saya baru nampak gambar itu hari ini, ia diambil dalam satu acara majalah hiburan.

    Hanya saya sahaja wanita untuk majalah ketika itu.

    Saya tidak jangka dia akan ‘post’ gambar saya sebab jurugambar ketika itu memang ambil gambar semua orang.

    Angel berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu terbaharu Dolla yang berjudul ‘MWA!’

    MENARIK:  [VIDEO] Kesyukuran dan Kegembiraan Ally Iskandar di Majlis Resepsi Farah Lee

    Tak pernah ‘date’ dengan Nadhir

    Dalam pada itu, Angel memaklumkan dia dan Nadhir tidak pernah keluar bersama sebaliknya hanya berjumpa di majlis-majlis.

    Kami hanya jumpa di acara sahaja, berjumpa kami tak pernah.

    Saya fikir tidak begitu rapat dengan dia, kami hanya kenalan ‘hi, bye’ sahaja.

    Saya juga terkejut bila dia ‘post’ dan memang tak jangka.

    Bercerita lanjut, penyanyi berusia 25 tahun itu terbuka untuk bekerjasama dengan Nadhir dalam mana-mana projek di masa akan datang.

    Mungkin kalau ada projek dan peluang untuk kerjasama saya tiada masalah.

    Pada Jumaat, Nadhir mencuri perhatian apabila memuat naik gambar Angel ke sebuah acara majalah hiburan.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.