26.7 C
Kuala Lumpur
Monday, June 23, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Ada Duit Sendiri, Tidak Perlu Sugar Daddy’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

     Pelakon, Siti Hariesa menegaskan dia mampu untuk berdikari dan menanggung kehidupannya sendiri sekaligus menyangkal dakwaan ditaja lelaki kaya untuk hidup mewah.

    Artikel Berkaitan: Siti Hariesa Nafi Akan Kahwin Waktu Terdekat, Tak Mahu Terlalu Kongsi Kisah Peribadi – ‘Insya-Allah Satu Hari Nanti’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Hariesa Dah Ada ‘Teman Istimewa’, Sedang Mengenali Hati Budi – ‘Baru Sebulan Kenal’

    Tiada ‘sugar daddy’

    Ketika ditemui , pemilik nama Siti Hariesa Muhammad Hanafi berkata dia tidak pernah menerima sebarang tawaran untuk menjadi ‘sugar baby’ walaupun sering membawa watak gadis kelab malam.

    Tidak pernah mendapat tawaran seperti itu.

    Saya ada duit sendiri, saya tidak perlukan sugar daddy.

    Hariesa berkata demikian ketika ditemui pada sesi media Meet & Greet bersama pelakon drama Viu Lambaian Huda di The Starhill, Bukit Bintang, baru-baru ini.

    Mengulas lanjut, Hariesa berkata dia tidak boleh menutup mulut orang untuk berkata buruk tentang dirinya kerana mereka hanya memberi komen berdasarkan watak-watak yang dipegang menerusi drama.

    Mereka yang tidak kenal saya boleh bercakap macam-macam tentang saya tetapi saya kenal diri saya macam mana.

    Saya ada juga terima mesej daripada ‘lelaki gatal’ tetapi perkara macam itu kita tidak boleh nak kawal. Kadang-kadang saya sekat je mereka.

    Watak Suzy

    Bercerita tentang drama terbarunya, Lambaian Huda, Hariesa yang membawa watak Suzy iaitu wanita yang bekerja di kelab dan menjadi ‘sugar baby’ berharap orang ramai tidak skeptikal terhadapnya.

    Apa yang saya buat dalam drama itu hanyalah sekadar lakonan kerana saya bukannya begitu di luar.

    Sejujurnya, saya juga kurang selesa untuk berlakon watak sebegitu terutamanya babak perlu ‘melayan’ lelaki.

    Tetapi, saya anggap ini sebagai satu cabaran buat saya.

    The post [VIDEO] ‘Saya Ada Duit Sendiri, Tidak Perlu Sugar Daddy’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Influencer Jasmin Sopeah Bongkar Kisah Perpisahan Lama Dengan Suami - 'Tiada yang Ingin Berpisah'

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.