30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, July 4, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Khairul Aming Jadikan Ibu Sebagai Inspirasi, ‘Korban’ Tiga Perkara Selepas Pemergian Ayah – ‘Saya Sumber Utama Pendapatan Keluarga’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Pempengaruh dan usahawan Khairul Aming menjadikan ibu sebagai sumber inspirasi untuk meneruskan legasi berniaga sehingga dirinya menjadi sumber pendapatan utama buat ahli keluarga.

    Ibu sebagai inspirasi

    @jann_1218 Kita takkan pernah tahu kisah suka duka seseorang sehingga mereka menceritakannya.. #khairulaming #inspiration ? Piano, sad, touching, majestic, nature, movie – arachang

    Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Khairul atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman dilihat menjawab pertanyaan penonton sambil mempromosikan Dendeng Nyet Berapa Ekstra Pedas.

    Pada perkongsian itu, Khairul menyatakan bahawa ketabahan dan semangat ibunya berniaga membuatkan dirinya lebih maju ke hadapan.

    Sebenarnya saya tidak mengidolakan sesiapa.

    Saya banyak belajar daripada internet, sebab di situ banyak sangat ilmu bisnes percuma.

    Tapi saya banyak belajar daripada mak saya. Dia meniaga kuih dari saya kecil, sampai saya besar.

    Dia akan bangun pukul dua ke tiga pagi, lepas subuh hantar kami pergi sekolah dan dia akan meniaga kuih di pasar.

    Pengorbanan seorang anak

    Berkongsi lebih lanjut, Khairul memaklumkan bahawa dia mengambil alih tugas ketua keluarga setelah pemergian ayah tercinta.

    Tambah usahawan berusia 32 tahun itu, dia berkorban tiga perkara demi menyara keluarganya.

    Lepas ayah meninggal, saya tak bagi mak meniaga kuih.

    Tiga perkara yang saya buat lepas ayah tiada.

    Satu, saya berhenti kerja di oil & gas walaupun agak merisaukan sebab ketika itu kita tengah lockdown.

    Kedua, saya ambil keputusan untuk mulakan perniagaan dan terakhir saya menjadi sumber pendapatan ahli keluarga sepenuhnya.

    Dalam pada itu, Khairul bersyukur keputusannya dipermudahkan sehingga kini dengan sokongan orang ramai yang membeli produk keluarannya.

    MENARIK:  Semula tajuk: Video: Alasan Wujudnya Orang Ketiga Oleh Redza Rosli Yang Memberi Ruang Kepada Diri Sendiri dan Pasangannya

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.