28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 12, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Saari Amri Mohon Maaf Kepada JoBranko – ‘Selepas Kemalangan, Saya Selalu Terlepas Cakap Tanpa Fikir Kesahihan’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Komposer dan penulis lirik, Saari Amri, tampil membuat permohonan maaf kepada gitaris, JoBranko selepas mengakui telah membuat kenyataan yang tidak benar dan mengelirukan dalam sebuah sesi temu ramah, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Konsert Barbarik Pentas Peluru Cokelat Bakal Gegarkan Zepp KL! Ada Elemen Kejutan Buat Penonton

    Isu tersalah info

    Permohonan maaf itu merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Saari dalam temu bual yang disiarkan di platform YouTube bertajuk “Sembang Pantai Timur – Saari Amri Pernah Kena Khianat Hilang Syarikat Rakaman”, pada 12 Jun 2025. 

    Dalam temu bual tersebut, Saari telah menyebut nama JoBranko sebagai individu yang terlibat dalam isu pembelian premis atau studio rakaman, yang mana perkara itu adalah tidak benar sama sekali.

    Saya secara khilaf telah menyebut nama JoBranko dalam temubual tersebut, walhal dia langsung tidak tahu menahu dan tidak terlibat dalam isu yang saya ceritakan. 

    Saya amat kesal dan mohon maaf secara terbuka kepada Jo serta semua pihak yang terkesan akibat kekhilafan saya itu.

    Tambah Saari, kenyataan tersebut dibuat secara tidak sengaja tanpa niat untuk memfitnah atau mengaibkan mana-mana individu. 

    Saari juga menjelaskan bahawa sejak mengalami kemalangan serius pada tahun 1997, beliau kadang kala menghadapi kesukaran mengingati fakta yang tepat.

    Diakui selepas saya mengalami kemalangan, saya selalu terlepas cakap tanpa memikirkan kesahihan kata-kata saya.

    Saya amat menghargai keikhlasan JoBranko yang sudi menerima permohonan maaf saya dan memilih untuk menyelesaikan isu ini secara baik. 

    Saya berharap kenyataan ini dapat menghentikan sebarang spekulasi serta menjaga nama baik beliau sebagai anak seni yang dihormati.

    Jadi pengajaran

    Sementara itu, peguam kepada JoBranko, Colin Victor George, menjelaskan bahawa pihaknya telah membuat semakan terperinci terhadap kenyataan tersebut dan mendapat pengesahan daripada pihak ketiga bahawa dakwaan yang dikaitkan dengan JoBranko adalah tidak berasas.

    Kami telah meneliti rakaman temu bual dan mendapatkan bukti berkaitan daripada pihak ketiga. Hasil siasatan kami mendapati JoBranko tidak pernah terlibat dengan mana-mana urusan pembelian premis atau studio seperti yang dinyatakan. 

    Selepas perbincangan, Saari mengakui kekhilafannya dan bersetuju untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, manakala JoBranko pula menerima permohonan maaf itu dengan hati terbuka,” kata beliau.

    Dalam pada itu, Colin memberi peringatan tegas kepada orang awam, terutamanya pengguna media sosial, agar lebih berwaspada dalam mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berbentuk fitnah.

    Kami sedang memantau kenyataan-kenyataan fitnah yang berlegar di media sosial dan telah mengenal pasti beberapa individu yang membuat kenyataan atau komen di media sosial yang mengaibkan JoBranko dan tindakan sewajarnya sudah diambil.

    Penyebaran fitnah bukan sahaja membawa implikasi undang-undang, malah mencemarkan nama baik individu yang tidak bersala.

    The post Saari Amri Mohon Maaf Kepada JoBranko – ‘Selepas Kemalangan, Saya Selalu Terlepas Cakap Tanpa Fikir Kesahihan’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Jessie J Hidap Kanser Payudara

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.