Pempengaruh dan usahawan popular, Fila Amir bersama suaminya Adama, meluahkan rasa kesal apabila wajah anak mereka masih menjadi bahan kecaman dan spekulasi tidak berasas dalam kalangan netizen.
Artikel Berkaitan: ‘Dah Dua Bulan, Nak Tengok Muka Baby’ – Fila Amir ‘Sekolahkan’ Netizen, Mahu Elak Penyakit Ain
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen ‘Sindir’ Warna Kulit Anak, Fila Amir Tampil Bersuara – ‘Sorry, Kami Tak Taasub Dengan Kulit Putih’
‘Bayi yang tak berdosa pun kena kecam’
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Fila atau nama sebenarnya Nur Afilah Amir Rusdi berkongsi bahawa sejak hari pertama mereka berkahwin, pelbagai kecaman telah diterima.
Namun kali ini, dia berasa terpanggil untuk bersuara kerana anak yang tidak berdosa turut menjadi sasaran.
Memang dari hari pertama kami kahwin, sampai sekarang setiap hari kena kecam. Tapi kitorang tak kisah, nak kata apa katalah.
Tapi kali ni dah sampai ke anak, bayi yang tak berdosa pun kena kecam. Kalau bab anak, semua orang akan sensitif.
Pasnagan ini mengakuo bahawa tuduhan segelintir pihak yang menyuruh mereka menjalani ujian DNA sangat keterlaluan dan menyakitkan hati, apatah lagi setelah mereka berusaha selama bertahun-tahun untuk mendapatkan zuriat.
Kenapa korang kena suruh buat DNA dan cakap dia bukan anak saya? Tak baik cakap macam tu, kami berusaha selama tujuh tahun untuk dapatkan zuriat. Anak kami ni melalui IVF bukan secara normal.
Pasangan ini juga meluahkan kekesalan terhadap sikap sesetengah masyarakat yang masih menilai rupa paras dan warna kulit bayi mereka.
Alhamdulillah, kami tak kisah kalau kulit anak kami hitam, putih atau sebagainya. Kenapa ramai yang taksub sangat dengan warna kulit?
Pasangan ini juga memaklumkan bahawa tidak akan berdiam diri apabila anak mereka menjadi sasaran tohmahan dan berharap masyarakat lebih peka serta berfikir sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat Fila dan Adama.
Ramai yang menyelar tindakan individu yang mempertikaikan rupa paras bayi dan menyifatkan perkara itu sebagai tidak berperikemanusiaan.
Sumber: TikTok Fila Adama Camara
The post [VIDEO] ‘Kami Tak Kisah Warna Kulit Anak Hitam Atau Putih’ – Fila Amir & Suami Bidas Netizen Pertikai Rupa Zuriat first appeared on OHBULAN!.