Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim dilihat prihatin terhadap kecederaan yang dialami pemain cilik bagi kelab JuniorX bola sepak.
Kata-kata semangat
@juniorxmalaysiaSurprise kata-kata semangat ?? original sound – JuniorX
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Faisal atau nama lengkapnya Faisal Abdul Halim, 27, mendekati kanak-kanak lelaki yang cedera semasa bermain bola sepak.
Pada perkongsian itu, Faisal memberi kata-kata motivasi agar pemain bola sepak cilik tersebut kembali bersemangat.
Main bola kena kuat, tak boleh nangis.
Kalau nak berjaya, kita kena kuat semangat.
Main bola memang sakit dan memang akan jatuh.
Selagi boleh jalan, kita bangun.
Buktikan yang kita mampu.
Dalam pada itu, Faisal dilihat turut membantu kanak-kanak tersebut bangun dan teruskan permainan.