Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee mengumumkan berita gembira mengenai isterinya, Nur Iliyaa Jasmina Roslan yang kini sedang hamil lima bulan.
Isteri hamil lima bulan
@aqilzulkifleeAlhamdulilah harini genap 10 bulan Aqil & iliya kahwin, dan harini juga kami nak bagitahu yang baby kami dah 5 bulan ?? InshaAllah tahun ni kita jadi Papa Aqil & Mama Iliya ? Tak boleh nak sorok dah sebab masing-masing dah tegur pasal iliya. Dapat tahu ada baby pun lepas kami skydiving kat Dubai haritu HAHAHA baby skydiving la ni. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami. Doakan kami ye, terima kasih semua ?? Oh ya macam biasa la bapak dia youtuber, boleh tengok vlog kami pi klinik scan baby for the first time dekat Youtube channel Aqil Zulkiflee ?? MANGU Fourtwenty – Alottu
Menerusi perkongsian di TikTok, Aqil memaklumkan dia dan isteri mengetahui mengenai berita gembira itu ketika percutian mereka di Dubai.
Alhamdulillah hari ini genap 10 bulan Aqil dan Iliya kahwin, dan hari ini juga kami nak bagitahu yang baby kami dah lima bulan.
Insya-Allah tahun ini kita jadi papa dan mama.
Dapat tahu ada baby pun selepas kami lakukan aktivit ‘skydiving’ di Dubai tempoh hari, ‘baby skydiving’ lah ini.
Di akhir perkongsian, Aqil meminta orang ramai untuk mendoakan agar segala urusan isterinya sepanjang hamil dipermudah.
Tak boleh nak sorok dah sebab masing-masing dah tegur fasal Iliya.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kami.
Doakan kami ya, terima kasih semua.
Sekadar info, Aqil dan Iliya selamat mendirikan rumah tangga pada 19 Julai tahun lalu.